Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

15 Kawasan Di Semenanjung Dilanda Panas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Tahap 1 & 2

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Padang Terap, Kedah kini berada pada tahap dua amaran cuaca panas (gelombang haba), dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

15 kawasan di Semenanjung dilanda panas

Memetik laporan Berita Harian, MetMalaysia menyatakan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia pula berada pada tahap satu (berjaga-jaga), termasuk seluruh Perlis, serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang), dan Rembau (Negeri Sembilan).

Menurut jabatan itu, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius perlu berterusan sekurang-kurangnya tiga hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, melalui hantaran di laman Facebook, MetMalaysia turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Meteorologi Sedunia yang disambut hari ini dengan tema “Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok”.

Jabatan itu menjelaskan bahawa tema berkenaan menekankan kepentingan penggunaan teknologi dan pemantauan meteorologi yang tepat bagi melindungi kehidupan serta alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Melalui pemantauan cuaca yang dilakukan hari ini, kita dapat membuat ramalan lebih berkesan, mengeluarkan amaran awal, serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan risiko bencana alam dan kesan perubahan iklim,” menurut kenyataan tersebut.

MetMalaysia turut meraikan ulang tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), satu pencapaian yang mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada kerjasama global demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian bumi.

Dalam hantaran berasingan, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja jabatan itu yang berdedikasi, serta memberi komitmen berterusan dalam melaksanakan pemantauan dan pelepasan belon cuaca setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam kesibukan tugas harian, ketika ramai sedang tidur diulit mimpi, warga MetMalaysia tetap teguh menjalankan amanah, memantau dan meramal cuaca demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau turut memberi penghargaan istimewa kepada penyelidik cuaca dan iklim yang membantu memahami corak cuaca masa lalu, sekali gus membimbing usaha ke arah masa depan yang lebih lestari.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Lokal

Polis mengesahkan seorang lelaki yang bersenjata objek tajam meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah kedai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd