Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Rasuah TDM: SPRM Sita Wang Tunai, Tiga Jongkong Emas Tulen Bernilai RM6.9 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga jongkong emas tulen 999, masing-masing seberat satu kilogram bernilai kira-kira RM1.8 juta daripada suspek yang sedang disiasat dalam projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Jongkong emas antara yang disita

Memetik laporan daripada Berita Harian, jongkong emas itu antara sitaan bernilai kira-kira RM6.9 juta dalam siasatan membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermula sejak akhir tahun lalu.

Jongkong emas, kenderaan SVR, wang tunai turut disita

Selain emas, SPRM turut menyita kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesemua sitaan disiasat mengikut Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.

Mata wang dari pelbagai negara

Dalam pada itu, sumber turut menyatakan, wang tunai yang disita meliputi nilai dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), euro, pound, yen (Jepun) dan riyal (Arab Saudi).

“Bagi sitaan kenderaan mewah pula, ia adalah hasil pemeriksaan SVR di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang yang dipercayai ditinggalkan untuk tujuan pembaikan.
“Barang kemas yang disita pula adalah tiga unit jongkong emas 999 yang setiap satunya seberat satu kilogram, di mana nilai semasanya adalah kira-kira RM1.8 juta.
” Selain itu, turut disita adalah sembilan keping emas yang setiap satunya seberat 100 gram, yang nilai semasanya adalah lebih setengah juta ringgit, di samping SVR yang dianggarkan bernilai kira-kira RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai,” kata sumber.

jongkong emas

Artikel lain: Seorang Lagi Pegawai Pengurusan Tertinggi Tentera Disiasat SPRM Terkait Kes Rasuah

SPRM turut menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan TDM dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan perolehan projek TDM.

Terdahulu, SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 23 Disember tahun lalu untuk menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 24 Disember 2025, tiga individu dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd