Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terjatuh Dari Motosikal, Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Digilis Bas

Seorang remaja lelaki maut selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya sebelum digilis bas di Kilometer 337.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) Paka, Dungun pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, mangsa Muhammad Irfan Abdullah, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Foto; Buletin TV3

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan tersebut membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah MPV, bas dan motosikal mangsa jenis Yamaha Y15ZR.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa menunggang motosikal bersendirian dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan dan sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang MPV yang juga dari arah sama.
“Berikutan perlanggaran itu, mangsa dikatakan terjatuh ke atas lebuh raya dan dalam masa yang sama sebuah bas dari arah sama gagal mengelak lalu mengilis mangsa,” katanya.

Foto; Buletin TV3

Baharudin berkata, bagaimanapun pemandu MPV berusia 29 tahun serta pemandu bas berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BH Online (Rosli Ilham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Nasional

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi antara agensi penguat kuasa terawal menyahut tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memburu secara agresif individu disyaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd