Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Tikam Isteri Sempat Ambil Anak Balik Sekolah Sebelum Ditahan Polis

Tragedi mengejutkan berlaku pagi tadi di Kampung Paku, Gual Ipoh apabila seorang wanita berusia 40 tahun maut dipercayai ditikam suaminya di rumah mereka.

Suspek ambil anak selepas tikam isteri

Menurut laporan Harian Metro, suspek, yang berusia 63 tahun dilaporkan sempat menjemput anak bongsu mereka di sekolah sebelum menyerah diri di balai polis berdekatan.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 pagi di rumah pasangan berkenaan. Selepas itu, suspek keluar untuk menjemput anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun sebelum menghadapi pihak polis.

tikam

Foto: Sinar Harian

Adik mangsa, Mohd Jony Abdullah, 30, berkata ketika kejadian tiada sebarang bunyi bising atau pertengkaran berlaku di rumah kakaknya.

Insiden tragis itu hanya diketahui selepas pihak polis tiba di lokasi. Anak lelaki mangsa yang baru pulang dari sekolah terlihat ibunya dalam keadaan tidak bernyawa dan dipercayai terlalu terkejut hingga hanya berdiam diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum kejadian, adik bongsu menjemput kakak saya, Mastura Abdullah di stesen minyak di Machang sekitar jam 9 pagi. Mereka tiba di rumah kira-kira jam 10 pagi menggunakan lori sepupu,” katanya.

Katanya, ibu mereka, Sakinah Mat Isa, 62, segera menghubunginya selepas dimaklumkan bahawa kakaknya sudah tiada. Setibanya di rumah, pihak polis telah pun berada di lokasi.

tikam

Foto: Sinar Harian

Mohd Jony turut memaklumkan bahawa arwah bekerja sebagai tukang masak di Selangor sejak setahun lalu dan hanya pulang ke kampung dua hingga tiga minggu sekali.

“Saya tidak menyangka kepulangan kakak hari ini berakhir dengan tragedi. Malah, saya juga terkejut abang ipar sanggup bertindak di luar jangka sehingga meragut nyawa kakak,” ujarnya.

Beliau menambah, dipercayai terdapat banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang mangsa, namun jenis senjata yang digunakan masih belum dapat dipastikan.

Menurut Mohd Jony, arwah merupakan isteri ketiga suspek dan mereka telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun.

tikam

Foto: Sinar Harian

“Saya tidak begitu rapat dengan suspek kerana sikapnya yang kurang mesra dan tidak bergaul dengan penduduk kampung,” jelansya.

Jenazah mangsa dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku sebaik selesai proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Lokal

Satu sindiket dadah di Lembah Klang yang menyamar sebagai pengusaha besi buruk, ladang ayam dan kebun kelapa sawit akhirnya tumpas selepas polis merampas 2,381...

Sosial

Kisah penuh sebak kembali tular apabila seorang gadis, Mirzahiraa, membawa kedua ibu bapanya bertemu pak cik Grab (pemandu e-hailing) yang pernah membantunya mendapatkan rawatan...

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd