Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sumber Maklum India Akan Turunkan Harga Lantai Eksport Beras Basmati

India akan menurunkan harga lantai eksport beras basmati dalam tempoh terdekat selepas pengilang dan peniaga mengadu penurunan mendadak jualan bijirin aromatik premium di luar negara.

Menurut laporan Reuters, sumber berkata, India akan menurunkan harga lantai beras itu daripada AS$1200 (RM5625) kepada AS$850 (RM3985) per tan untuk membantu pengilang dan peniaga menjual beras itu.

Sebelum ini, India telah menetapkan harga lantai atau harga eksport minimum (MEP) untuk penghantaran beras tersebut kepada AS$1200 per tan pada bulan lepas.

Langkah ini diambil pihak berkuasa untuk membantu New Delhi memastikan beras bukan basmati tidak diimport sebagai beras basmati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Julai lalu, India mengejutkan pembeli dengan mengenakan larangan ke atas eksport beras putih bukan basmati yang digunakan secara meluas berikutan larangan eksport beras pecah tahun lalu.

Presiden Persekutuan Pengeksport Beras India, Prem Garg berkata, keputusan untuk menurunkan MEP basmati diambil bagi membantu petani yang kehilangan hasil akibat penurunan jumlah eksport beras ini.

Garg berkata, langkah ini juga akan memastikan India kekal di kedudukan utama dalam pasaran beras basmati global.

Memandangkan beras basmati tidak digunakan secara meluas di India dan tanaman musim baharu akan mula tiba di pasaran mulai bulan depan, India akan menghadapi kelebihan stok gred unggul itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Stok berlebihan akan menjejaskan harga dan akan menjejaskan petani dan sektor beras India, maka langkah menurunkan MEP akan sangat membantu,” ujarnya.

Sebagai tambahan, India dan Pakistan secara eksklusif menanam beras basmati aromatik premium. India menghantar kira-kira 4 juta tan beras ke negara-negara seperti Iran, Iraq, Yaman, Arab Saudi, Emirat Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

“Mep sebanyak AS$1200 itu terlalu tinggi. Oleh kerana itu, banyak pengilang dan peniaga tidak dapat mengeksport beras basmati,” kata pengeksport terkemuka dari negeri Haryana, Vijay Setia.

Sumber: Reuters

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd