Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sistem Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit September Ini – Menteri Kerja Raya

Beberapa lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September ini bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

“Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini ialah antara inisiatif awal sebagai peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

https://www.facebook.com/alexnantalinggi/posts/pfbid02NtgpTPWfzfHMERQEqRPsNxavbwrLbE8R8YMXkpW8MkC4yj2SyaF9cdWDJPnsm4ail

Alexander berkata pembuktian konsep (POC) MLFF akan dijalankan sebelum akhir Oktober ini dan lokasi terlibat sedang dalam rundingan, sebelum dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan bagi kesemua lebuh raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata pelaksanaan sepenuhnya MLFF akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Alexander menjelaskan melalui pelaksanaan MLFF, sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan bagi kutipan tol untuk semua lebuh raya di Malaysia, dan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan e-dompet turut serta, seterusnya tiada lagi monopoli oleh Touch N Go.

“Persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri, yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol, sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka.
“Saya berharap usaha ini akan mendapat kerjasama semua pihak dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua, terutama rakyat dan pengguna lebuh raya di negara ini,” katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program dialog anak muda ‘Temu Anwar’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memaklumkan, kerajaan akan mempertimbang semula monopoli Touch N Go dalam pengangkutan dan jalan raya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Dunia

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia. Ramai yang tidak menyangka...

Sosial

Seorang pelancong Malaysia yang sedang bercuti di Vietnam menerima pujian ramai selepas tindakan beraninya menegur peniaga yang cuba menipu timbangan buah anggur sehingga tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd