Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selepas 17 Tahun, Mesut Ozil Umum Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Pemain bola sepak yang pernah mewakili negara Jerman dalam beberapa edisi Piala Dunia, Mesut Ozil hari ini mengumumkan persaraannya sebagai seorang pemain bolasepak profesional.

Bersara selepas 17 tahun dalam dunia bola sepak

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia dengan serta merta mengatakan mahu bersara dalam arena bola sepak selepas 17 tahun mengabdikan diri untuk sukan yang amat dicintainya.

“Selepas membuat pertimbangan, saya ingin mengumumkan persaraan saya secara serta-merta daripada bola sepak profesional,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Mesut Özil (@m10_official)

Alami beberapa kecederaan

Ujarnya, antara punca dia mengambil keputusan seperti itu adalah disebabkan beberapa kecederaan yang dialami dan merasakan perkara tersebut adalah petanda bahawa dia harus meninggalkan pentas bola sepak.

“Saya amat beruntung dapat menjadi pemain bola sepak profesional selama hampir 17 tahun dan saya bersyukur atas peluang ini.
“Namun, sejak beberapa minggu dan bulan yang lepas, serta selepas mengalami kecederaan, semakin jelas bahawa sudah tiba masanya untuk meninggalkan pentas bola sepak,” katanya.

Terima kasih untuk semua yang menyokong

Pemain berusia 34 tahun itu juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang pernah memberinya peluang serta kepada ahli keluarga dan sahabat rapat atas sokongan yang diberi sepanjang kariernya.

Menerusi rekod, Ozil telah memulakan kariernya di Bundesliga Jerman bersama kelab Schalke dan Werder Bremen sebelum mencipta nama di pentas dunia bersama Real Madrid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga turut menjadi antara pemain utama untuk pasukan Jerman dalam beberapa edisi Piala Dunia.

Sekitar tahun 2013, pemain berdarah Turkiye ini telah mendapat perhatian Arsene Wenger dan membawanya masuk ke pasukan Arsenal dengan kontrak bernilai 42.5 juta pound sterling.
Namun, di penghujung kontraknya bersama Arsenal, Ozilm telah engeluarkan kenyataan dengan menyuarakan pendiriannya terhadap isu penindasan ke atas masyarakat Uyghur di Xinjiang yang dipercayai menjadi salah satu punca ketidaksefahaman antara Ozil dan pihak pengurusan Arsenal.
Ozil telah berpindah ke Turki untuk menyertai pasukan Fenerbahce sebelum berpindah ke pasukan Basaksehir pada 2022.
Sumber: Instagram Mesut Ozil

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Disebalik kegembiraan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), rupanya remaja yatim piatu, Nik Muhammad Alis sudah tiga tahun hidup sendiri...

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Bisnes

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd sekali lagi merudum ke paras terendah dalam sejarah selepas syarikat televisyen berbayar itu mengumumkan keputusan kewangan yang lemah, di...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd