Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selangor Arah Peniaga Turunkan Iklan Promosi Vape, Penjualan Masih Dikaji

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua peniga rokok eletronik (vape) menurunkan iklan promosi berkaitan produk itu serta-merta, atau berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut laporan Berita Harian, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, berkata arahan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) dan kini berkuat kuasa di seluruh Selangor.

Foto: Berita Harian

“Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen bagi penjualan dan perniagaan e-rokok atau vape, mereka berniaga dan menjual tanpa izin, tanpa lesen dan mereka paparkan iklan sendiri.
“Dalam kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), ada 45 premis mempunyai iklan dan menjual vape dan di seluruh Selangor pasti lebih banyak bilangannya,” katanya.

Menurut beliau, semua PBT diberi kuasa untuk mengeluarkan notis agar peniaga menurunkan iklan dalam tempoh ditetapkan dan sekiranya arahan diingkari, PBT boleh mengambil tindakan termasuk menyita dan mengeluarkan saman.

Foto: siemens-melajumaju

Sementara itu, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin, memaklumkan semua PBT juga diarahkan menyita iklan berkaitan rokok eletronik di kawasan masing-masing susulan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan produk itu dalam kalangan anak muda.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih meneliti kemungkinan untuk menghramkan sepenuhnya penjualan vape di Selangor.

Sumber: Berita Harian (Ruwaida Md Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd