Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Live Host TikTok Dibuang Kerja, Qiszar Mohon Maaf Susulan Isu ‘Body Shaming’ Yang Tular

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan jenama Qiszar.

Insiden itu berlaku ketika sesi ‘live’ yang sepatutnya bersifat interaktif dan mesra penonton, tetapi sebaliknya menimbulkan rasa kurang senang ramai.

qiszar

Menerusi hantaran di Threads melalui akaun rasmi @qiszar, pihak mereka memohon maaf secara terbuka.

Artikel lain: Live Berbaur Lucah : Lelaki Mohon Maaf Secara Terbuka – “Manusia Tak Lari Dari Kesilapan”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan tersebut, Qiszar menyatakan bahawa tindakan segera telah diambil dan ‘live host’ yang terlibat telah dibuang kerja kerana tingkah laku itu tidak mewakili nilai jenama.

Mereka menambah lagi,

“Apa yang berlaku bercanggah dengan etika kami. Kami telah menjalankan sesi live selama bertahun-tahun dengan penuh hormat dan profesionalisme. Insiden ini menjadi pengajaran agar kami dapat memperbaiki diri.” tulisnya.

Qiszar juga menegaskan bahawa mereka menghormati dan meraikan wanita dari semua saiz.

“Kami tidak menoleransi sebarang tingkah laku yang merendahkan atau menghina sesiapa, sama ada sengaja atau tidak. Kami benar-benar minta maaf dan menghargai semua yang menegur kami supaya perkara ini tidak berulang lagi.” ujarnya.

qiszar

Sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan, seorang pengguna media sosial melalui akaun @wishaerynaa telah memuat naik video rakaman sesi live tersebut.

Video itu menunjukkan situasi di mana seorang penonton bertanya tentang saiz pakaian untuk berat 90kg. Live host berkenaan dilihat menjawab sambil ketawa, seolah-olah mentertawakan pertanyaan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan pantas Qiszar membuang live host itu dilihat sebagai langkah positif untuk mengekalkan imej jenama serta menghormati pelanggan mereka.

qiszar

Insiden ini menjadi pengajaran penting kepada semua jenama yang aktif di media sosial agar setiap interaksi, terutama semasa sesi live, dilakukan dengan penuh hormat dan sensitiviti.

Bagaimanapun, postingan berkenaan telah dipadam susulan Qiszar membuat permohonan maaf rasmi, menandakan tindakan mereka mengambil serius setiap maklum balas yang diterima.

Akhir kata, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah cermin kepada siapa diri kita. Hormati orang lain, jangan mudah menilai, dan ingatlah bahawa sekecil-kecil ejekan boleh meninggalkan kesan yang besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga insiden ini menjadi pengingat bahawa empati dan rasa hormat bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab setiap insan.

Sumber: Threads @Qiszar

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Nasional

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi antara agensi penguat kuasa terawal menyahut tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memburu secara agresif individu disyaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd