Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Lawat Stesen Pengecasan EV Gentari Di Senawang & Tapak RTB Alor Gajah

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah melawat stesen Pengecasan EV Gentari di Senawang bersama menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Difahamkan, lawatan ke stesen berkenaan bersempena dengan Program PETRA Skuad Zon Selatan Ke Negeri Melaka bagi menyerahkan lima projek pasang siap buat negara terbabit.

Flag-off Program Skuad PETRA (Selatan) di Menara PETRA oleh Fadillah 

Lawatan ke Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Gentari di Hentian Sebelah Senawang

Sebelum melanjutkan perjalanan ke Melaka, stesen pengecasan EV yang terletak di Hentian Sebelah Senawang Arah Selatan, Negeri Sembilan menjadi lokasi pertama dilawati Fadillah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Stesen pengecas yang dibangunkan Gentari di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ini adalah gandingan Kerjasama PLUS, Gentari dan EV Connection Sdn Bhd (EVC).

“Ia merupakan langkah strategik dalam menyediakan kemudahan pengecasan EV yang boleh dipercayai, selain menyokong usaha pelaksanaan pelan induk negara untuk beralih menjadi negara neutral karbon…
“…menjelang 2050 selepas mereka memperkenalkan stesen pengecas EV pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS),” katanya.

Setakat ini, terdapat beberapa lokasi Stesen Pengecasan EV Gentari iaitu dua di Lebuhraya PLUS iaitu di Hentian Sebelah Behrang, Perak (Utara dan Selatan) Hentian Sebelah Senawang, Negeri Sembilan (Utara dan Selatan).

Dua lagi Stesen Pengecasan EV akan dibangunkan di Lebuhraya Pantai Timur 2 iaitu di Hentian Sebelah Ajil, Terengganu dan RnR Perasing, Terengganu.

Malaysia sememangnya sedang menyasarkan pembangunan 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025 dimana sebanyak 3,171 stesen pengecas EV telah dibangunkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjau lokasi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah

Sementara itu, beliau turut meluangkan waktu meninjau lokasi RTB Alor Gajah Fasa satu Alor Gajah Melaka.

Fasa satu projek RTB bernilai RM30 juta itu mula dilaksanakan di tapak berkenaan sejak Ogos 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025.

“Pelaksanaan projek ini dijangka menghindarkan risiko banjir membabitkan seramai 1,275 penduduk dengan keluasan 418 hektar akan terhindar dari risiko bencana banjir,” ujarnya.

Majlis Perasmian Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa satu, Alor Gajah

Projek itu merupakan antara tujuh RTB yang sedang dilaksanakan di negeri berkenaan membabitkan peruntukan RM1 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enam lagi projek membabitkan RTB Sungai Melaka Fasa 1 di Durian Tunggal membabitkan kos RM40 juta; Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong-Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Melaka (RM603 juta); RTB Sungai Duyong (RM163.8 juta); RTB Bandar Merlimau (RM36 juta); RTB Bandar Jasin (RM60 juta) dan RTB Sungai Putat (RM72.83 juta).

PETRA serah lima Projek Pasang Siap Kepada Melaka

Difahamkan, Program PETRA Skuad Zon Selatan Ke Negeri Melaka bertujuan untuk menyerahkan lima projek pasang kepada kerajaan Negeri Melaka.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan Fadillah kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Dewan Bougainvilla, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Majlis Serahan Projek Siap kepada Ab Rauf

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia meliputi dua projek membabitkan pemuliharaan muara, satu projek mencegah hakisan pantai dan dua projek pembinaan stesen hidrologi.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd