Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pernah Tular Terperangkap Dalam Kontena Di Malaysia, Remaja Bangladesh Maut Akibat Lemas

Remaja lelaki Bangladesh yang sebelum ini tular akibat terperangkap dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor, dilaporkan meninggal dunia berhampiran rumahnya di Monohargonj, daerah Cumilla.
Menurut laporan Astro Awani, berdasarkan Bdnews24.Com, Ratul Islam Fahim ditemukan lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran lokasi kejadian.
Bapanya, Faruk Mia memaklumkan kepada pihak polis bahawa mangsa yang berusia 16 tahun dan mempunyai masalah mental itu tidak tahu berenang.
“Bagaimana saya boleh hidup selepas ini?” kata Faruk berhubung pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu.
Difahamkan, Ratul telah dikebumikan tanpa melalui proses bedah siasat selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan yang akan menyiasat lebih terperinci mengenai kejadian terbabit.
Terdahulu, kisah remaja berkenaan mendapat liputan luas selepas dia ditemui dalam sebuah konten yang diturunkan dari kapal di Westports, Pelabuhan Klang pada 17 Januari lalu.
Difahamkan, Ratul terperangkap dalam kontena dari Bangladesh ke Malaysia itu sehingga tidak makan atau minum selama enam hari sebelum dihantar pulang pada 22 Februari lalu.
Sumber: Astro Awani

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa penganjuran tiga kejohanan utama melibatkan sukan futsal dan bola sepak pantai peringkat kebangsaan pada musim ini terpaksa dibatalkan....

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd