Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Elak Makanan Masam, Pelajar Tingkatan 1 Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh Lima Bulan

Pelajar Tingkatan 1 Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok mencipta sejarah apabila menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya lima bulan 10 hari, sekali gus menjadi rekod terbaharu sekolah berkenaan.

Adib Sufyan Suhaimi, 13, berkata pencapaian itu hasil disiplin harian yang ketat termasuk membaca dan menulis semula al-Quran serta menjaga pemakanan bagi menguatkan ingatan.

“Untuk menghafaz Quran, pertama, kita kena ada niat… kedua kena bersungguh-sungguh.
“Setiap hari saya cuba hafaz antara lapan hingga sembilan helai al-Quran dan elakkan makanan masam,” katanya.

Pelajar Tingkatan 1 Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Kelantan, Che Nur Azila Che Ghani; Pengarah Urusan Qashwa Travel, Nabil Deraman; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKATB, Datuk Azaha Ibrahim; serta Pengetua SMKATB, Muhd Fadhli Jusoh.

Anak sulung kepada pasangan Suhaimi Omar, 43, seorang Penolong Jurutera Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Nor Haslinda Abdul Hamid, 43, itu berkata, inspirasi utamanya datang daripada ketua pengawas sekolahnya yang berjaya menghafaz 30 juzuk dalam tempoh dua tahun ketika belajar di SMKATB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil kesungguhan tersebut, Adib Sufyan menerima sumbangan wang tunai daripada YaPEIM serta tajaan umrah daripada Qashwa Travel.

Sementara itu, Pengurus Yapeim Negeri Kelantan, Che Nur Azila berkata, Adib Sufyan merupakan antara 200 pelajar SMKATB yang menerima insentif berjumlah keseluruhan RM45,000 daripada YaPEIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Program ini julung kali kita adakan, pelajar yang hafaz antara juzuk satu hingga 10 akan diberikan insentif sebanyak RM150 setiap seorang.
“Selain itu, pelajar yang menghafaz juzuk satu hingga 20 akan diberikan RM200, manakala antara juzuk satu hingga 30 akan menerima insentif sebanyak RM300,” katanya.

Beliau berkata, insentif itu selaras dengan teras YaPEIM bagi menyokong pembangunan pendidikan, pembangunan kemasyarakatan dan pembangunan ekonomi Islam.

Sumber: Harian Metro (Nor Amalina Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd