Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasang Pelekat Tulisan Hebrew Pada Pikap, Pemandu Warga Tempatan – Polis

Polis Melaka telah mengenal pasti identiti pemandu pikap Isuzu yang tular di media sosial selepas didapati memaparkan pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel, Hebrew, dengan maksud Malaysia di tangan kami.

Pemandu tempatan pasang pelekat Tulisan Hebrew

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata individu terbabit merupakan warga tempatan namun setakat ini belum ditahan.

Pelekat Tulisan Hebrew

“Siasatan sedang dijalankan dan pemandu berkenaan sudah dikenal pasti. Bagaimanapun, tangkapan belum dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 14 saat menunjukkan pacuan empat roda jenis Isuzu memasang pelekat tulisan Hebrew pada bahagian badan kenderaan.

Artikel lain: Cetus Tanda Tanya! Tular Pikap Dengan Tulisan Hebrew ‘Malaysia Rumah Kami’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Menurut Dzulkhairi, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.32 petang semalam daripada seorang pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka yang ternampak video berkenaan di media sosial.

Pelekat Tulisan Hebrew

“Berikutan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd