Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Maut Ditembak Ketika Memburu, Mangsa Disangka Haiwan Buruan

Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas dipercayai ditembak secara tidak sengaja ketika disangka haiwan buruan dalam satu kejadian memburu di Batu Caves, Selangor awal pagi Isnin.

Ditembak ketika memburu

Menurut laporan Malaysia Gazette, mayat mangsa kemudian ditemukan orang awam di Kampung Selamat, Semanggol pada jam 3.55 pagi dengan tiga kesan tembakan di bahagian belakang badan.

memburu

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan awal mendapati mangsa terkena tembakan yang dilepaskan oleh salah seorang suspek ketika aktiviti memburu pada malam Ahad lalu.

Artikel lain: Lelaki Nyaris Maut, Ditembak Ketika Ambil Anak Pulang Sekolah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas menyedari kejadian itu, suspek bersama rakan-rakan lain berpakat membawa mangsa ke Semanggol menggunakan tiga kenderaan. Mangsa kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan tidak berturap bagi mengubah jalan cerita daripada kejadian sebenar,” katanya.

Menurut beliau, dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun ditahan di Kampung Selamat tengah hari semalam, manakala seorang lagi suspek berusia 36 tahun diberkas di Batu Caves pada sebelah malam.

memburu

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas tiga kenderaan, dua laras senapang buatan sendiri, 11 butir peluru serta empat telefon bimbit.

Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari sehingga 6 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi individu yang dipercayai terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua BSJ Daerah Kerian, Asisten Superintenden Ambri Mat Nayan di talian 012-5306567 atau IPD Kerian di 05-7215222.

Sumber: Malaysia Gazette (Rosdalilah Zahari)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd