Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Benarkan Wanita Tak Dikenali Pandu Keretanya, Demi Bantu Motosikal Kehabisan Minyak

Dalam dunia yang sering dipenuhi kesibukan dan sikap mementingkan diri, sebuah rakaman ringkas di media sosial muncul sebagai pengingat bahawa nilai kemanusiaan masih hidup subur, apabila tindakan ikhlas seorang lelaki menolong insan asing di lebuh raya menyentuh hati ribuan mata yang menyaksikannya.

Lelaki bantu tolak motosikal sehingga ke R&R

Satu rakaman video yang tular di TikTok baru baru ini mencuri perhatian ramai apabila memaparkan tindakan luar biasa seorang lelaki yang sanggup membantu individu tidak dikenali dalam situasi sukar di lebuh raya.

motosikal

Menerusi video berdurasi hampir tiga minit yang dimuat naik di akaun TikTok @ayp.sbk, kelihatan seorang lelaki berbangsa Melayu memberhentikan kereta di laluan kecemasan selepas ternampak seorang wanita berbangsa Cina sedang menolak motosikalnya di tepi jalan. Lelaki berkenaan kemudiannya berjalan ke arah wanita itu untuk mengetahui apa yang berlaku.

Artikel lain: Pak Cik Grab Asyik Tersalah Simpang, Lelaki Tawar Diri Untuk Bonceng Motosikal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Lee memaklumkan bahawa skuter yang ditungganginya kehabisan minyak menyebabkan dia terpaksa menolak motosikal berkenaan untuk ke stesen minyak terdekat.

Difahamkan, Lee dipercayai bertolak dari Johor Bahru dan ketika kejadian sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

motosikal

Prihatin dengan keadaan itu, lelaki berkenaan yang dikenali dalam kalangan komuniti permotoran sebagai Ayah Pong menawarkan bantuan yang jarang dilakukan oleh orang lain.

Tanpa berfikir panjang, Ayah Pong mencadangkan agar wanita tersebut memandu keretanya terlebih dahulu ke kawasan Rehat dan Rawat di hadapan, manakala dia sendiri akan menolak motosikal itu sehingga tiba di lokasi sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“You boleh bawa kereta ke? Kalau boleh you bawa kereta saya, nanti motor ni saya tolak,” katanya.

motosikal

Sebelum berpisah, mereka sempat bertukar nombor telefon bagi memudahkan urusan.

Situasi menjadi lebih menarik apabila seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tiba dari arah belakang dan turut berhenti untuk memberikan bantuan.

Disebabkan kurang mahir menunda motosikal kecil, penunggang yang dikenali sebagai Abang Yusri tersebut kemudian bertukar peranan dengan Ayah Pong dan mereka bersama sama bergilir menolak serta menunggang motosikal itu sehingga selamat tiba di R&R berhampiran.

motosikal

Setibanya di lokasi berkenaan, wanita itu dilihat sudah menunggu dengan kereta Ayah Pong dan segera mengisi minyak pada motosikalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerjasama serta sikap saling membantu yang ditunjukkan oleh ketiga tiga individu ini mendapat pujian ramai netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai contoh kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Sumber: TikTok @ayp.sbk

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Nasional

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi antara agensi penguat kuasa terawal menyahut tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memburu secara agresif individu disyaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd