Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Gelandangan Disimbah Air, Rupanya Ada ‘Plot Twist’? Individu Dakwa Mangsa Selalu Buang Najis Merata

Di sebalik kecaman yang memuncak di media sosial, muncul pula satu suara yang cuba meleraikan salah faham mengenai insiden seorang gelandangan disimbah air dan ditendang di hadapan sebuah bank di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Gelandangan suka buang najis merata tempat

Memetik dari Mstar, seorang wanita yang mendakwa mengetahui situasi sebenar kejadian tersebut bukanlah berlaku secara tiba-tiba seperti yang digambarkan dalam klip video tular.

gelandangan

Sebaliknya, katanya, lelaki gelandangan itu sudah berulang kali membuang najis dan air kencing di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan bau meloyakan.

Artikel lain: Gelandangan Disiram Air, Disepak.. AmBank Tampil Beri Penjelasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu mendakwa laporan polis pernah dibuat lebih awal, namun pihak berkuasa memaklumkan bahawa tindakan hanya boleh diambil sekiranya lelaki tersebut mengganggu keselamatan atau ketenteraman awam.

gelandangan

“Bukan sekali dua dia berak dan kencing merata. Kasut pelanggan tukang kasut tu pun pernah kena najis.
“Dah ditegur elok-elok, tapi tak jalan, sebab tu mereka siram air. Pakcik tu tendang pun sebab dah hilang sabar sebab pelanggan dia lari,” katanya.

Tambahnya, bukan hanya peniaga sekitar terjejas, malah pelanggan bank turut mengadu tentang bau busuk yang mencemari kawasan laluan utama.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa pengawal keselamatan wanita yang terlibat merupakan seorang ibu tunggal dengan empat anak dan kini telah dipanggil ke ibu pejaabt untuk memberikan penjelasan.

Dia berharap pengawal keselamatan berkenaan tidak dikenakan tindakan berat tanpa mengambil kira konteks sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jangan menilai dari satu video pendek saja. Tengok keseluruhan cerita,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah video menunjukkan seorang gelandangan tidur di laluan pejalan kaki berhampiran bank sebelum disimbah air oleh pengawal keselamatan, diikuti seorang lelaki lain yang menendang serta membuang barang-barangnya.

gelandangan

Kejadian itu mencetuskan kemarahan warganet dan mengundang pelbagai reaksi.

Susulan penularan video tersebut, AmBank mengeluarkan permohonan maaf atas insiden yang berlaku di luar cawangan bank itu.

Sumber: Mstar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd