Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kapal FFC-TMTG Dipintas, 8 Delegasi Malaysia Antara Terlibat

Misi kemanusiaan ke Gaza kembali menjadi perhatian apabila sembilan kapal di bawah Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) dilaporkan dipintas oleh tentera Israel sekitar 10.50 pagi waktu Malaysia ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

Kapal FFC-TMTG dipintas rejim Zionis

Menurut kenyataan rasmi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), terdapat lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal utama Conscience, manakala seorang lagi wakil Malaysia berada di atas kapal layar Umm Saad.

dipintas

Kapal FFC-TMTG Dipintas babitkan delegasi Malaysia

Kesemua mereka menyertai misi ini bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan serta mengumpul bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Artikel lain: Lelaki Dakwa Misi Kemanusiaan GSF Hanya Sekadar Lakonan – “Nak Angkat Jadi Hero”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan para aktivis, memandangkan misi tersebut dijalankan secara aman atas dasar kemanusiaan tanpa sebarang niat provokasi.

Sumber: Instagram MyCare

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd