Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Selfie Terakhir Buat Ramai Tersentuh, Kini Kakak Terima Skrol Arwah Adik

Tiada siapa sangka bahawa hari gembira menamatkan pengajian boleh diselitkan dengan duka yang begitu mendalam.

Kakak sebak terima skrol bagi pihak arwah adik

Wan Aishah Wahidah Wan Nasrul Hakim, 24, terpaksa menahan sebak ketika menerima skrol konvokesyen bagi pihak adiknya, Allahyarham Wan Adlin Nadhilah Wan Nasrul Hakim, 23, yang meninggal dunia sebelum sempat meraikan kejayaannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut laporan Harian Metro, berkongsi pengalaman itu, Wan Aishah Wahidah berkata,

“Saya sangat gementar. Sukar untuk saya ungkapkan perasaan. Tetapi bangga dengan pencapaian adik. Rasa kehilangan tetap ada, tapi saya cuba kuat.” katanya.
skrol

Foto: Kosmo!

Hubungan mereka sangat rapat kerana tinggal sebilik di rumah keluarga di Temerloh, Pahang. Namun, jarak memisahkan selepas Alin menjalani latihan industri di Alor Setar, Kedah.

“Kami masih kerap berhubung melalui WhatsApp dan panggilan video. Malam sebelum kejadian, saya sempat mesej arwah, tetapi dia tidak membalas. Esoknya, kami terima berita yang amat menyedihkan,” ujarnya.

Artikel lain: Bapa Allahyarham Nurly Shahirah Cekal Terima Ijazah Anumerta Anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Aishah Wahidah mengakui masih sukar melihat barang-barang milik Alin kerana mengimbau memori mereka bersama. Dia kini sedang menuntut Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris di Universiti Sains Malaysia (USM).

skrol

Foto: Harian Metro

Ibu mereka, Fatin Sharina A Halim, 46, turut hadir bagi menunaikan impian anaknya dengam mengambil skrol.

“Saya tak mampu naik ke pentas, tetapi hadir juga kerana arwah teruja. Ini cara saya tunaikan impiannya,” jelasnya.

Prof Dr Mohd Azlan Shah Zaidi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, mengucapkan takziah kepada keluarga. Beliau memuji Allahyarham sebagai anak yang disenangi rakan dan keluarga serta menjadi suri teladan.

Alin meninggal dunia pada 15 November lalu akibat kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 126, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran simpang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Pahang.

skrol

Foto: FB Tekan Minyak

Kisah pemergiannya tular selepas bapanya, Wan Nasrul Hakim Wan Muhammad, 49, berkongsi swafoto terakhir bersama arwah di Facebook beserta sedikit coretan.

Allahyarham Alin adalah salah seorang daripada 734 graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM yang menamatkan pengajian sempena Majlis Konvokesyen ke-53 hari ini, meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan keluarga dan rakan-rakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd