Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

99 Jemaah Haji Terkena Jangkitan Pneumonia Di Mekah – Kementerian Kesihatan Indonesia

99 jemaah haji terkena jangkitan Pneumonia

Kementerian Kesihatan Indonesia telah memaklumkan sebanyak 99 jemaah haji dari negara itu dilaporkan terkena jangkitan penyakit Pneumonia ketika berada di Mekah.

99 jemaah haji terkena jangkitan Pneumonia

99 jemaah haji terkena jangkitan Pneumonia

Foto: Liputan6.com

Menurut laporan detikhealth, satu kes kematian telah direkodkan akibat jangkitan pernafasan akut tersebut.

Ketua Pusat Kesihatan Haji Kementerian Kesihatan, Liliek Marhaendro Susilo, memberitahu semua jemaah yang telah disakan menghidap penyakit itu sedang mendapatkan rawatan intensif di hospital rujukan di Mekah dan Madinah.

Liliek memberitahu antara punca utama jangkitan ini terjadi kerana keadaan cuaca panas yang melampau, kesesakan manusia dan kepenatan tubuh badan.

“Kes pneumonia ini perlu diberi perhatian kerana jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menjadi bertambah buruk,” kata Liliek pada Khamis.

Menurut data Klinik Kesihatan Haji Indonesia (KKHI) yang dikeluarkan pada 20 Mei, suhu di Mekah dan Madinah mencecah antara 41 hingga 47 darjah celsius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengambilan air yang tidak mencukupi menyebabkan terjadinya dehidrasi ditambah pula dengan keadaan cuaca yang terlalu panas memudahkan lagi seseorang itu terkena jangkitan.

“Jadual haji yang padat termasuk perjalanan jauh, umrah dan kemuncak ibadah memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Keletihan boleh melemahkan sistem imun badan,” jelasnya.
99 jemaah haji terkena jangkitan Pneumonia

Foto: Compas.com

Artikel lain: Netizen Samakan Kepulangan Jemaah Haji Dari Indonesia Dengan Pertunjukan Fesyen – “Meriahnya”

Selain itu, keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan jutaan jemaah daripada seluruh pelosok dunia di Tanah Suci mempercepatkan lagi proses penularan virus melalui udara.

Jemaah yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung merupakan golongan paling berisiko dan mudah untuk dijangkiti.

Untuk info, Pneumonia atau radang paru-paru berlaku disebabkan jangkitan bakteria, virus atau kulat. Wabak ini boleh mendatangkan maut buat mereka yang mempunyai sistem imun lemah dan mempunyai penyakit kronik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: detikhealth

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Dunia

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal...

Sosial

Kemeriahan Northern Festival of Speed X Choii yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang baru-baru ini tiba-tiba bertukar kecoh apabila tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd