Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harimau Malaya Berjaya Sertai CAFA, Bakal Berdepan Pasukan Layak Ke Piala Dunia

Harimau Malaya sertai CAFA

Skuad Harimau Malaya berjaya mendapat tempat di kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadualkan bakal berlangsung pada Ogos dan September depan.

Harimau Malaya sertai CAFA

Harimau Malaya sertai CAFA

Foto: Malaysiakini

Memetik laporan Berita Harian, skuad kendalian anak buah Peter Cklamovski bakal menghadapi satu lagi cabaran sulit kerana kejohanan itu melibatkan lapan pasukan ternama termasuk Iran dan Uzbekistan.

Sebelum ini, Iran yang berada di tangga ke-18 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Uzbekistan (ranking 57) sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026.

Bukan itu sahaja, terdapat juga lima lagi pasukan turut dijangka menyertai kejohanan itu termasuk Oman (77), Kyrgyzstan (103), Tajikistan (104), Turkmenistan (142) dan Afghanistan (160).

Dalam pada itu, kejohanan ini dianggap satu perlawanan terbaik untuk menguji tahap permainan Harimau Malaya dalam memburu tempat ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan selepas kejohanan ini, skuad negara akan mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2027 dalam Kumpulan F menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober ini sebelum berdepan Nepal, pada 18 November.

Cklamovski berkata penyertaan Malaysia dalam kejohanan itu menjadi satu lagi medan terbaik buat Harimau Malaya dalam menguji kesiapsiagaan merekaa di dalam dan di luar padang.

Harimau Malaya sertai CAFA

Foto: MakanBola

“Kami berbangga untuk menyertai Kejohanan CAFA 2025. Kami akan berdepan cabaran hebat di tempat lawan dan bersaing dalam persekitaran yang mencabar menentang pasukan kuat.
“Pengalaman ini akan menguji kami dalam pelbagai aspek, di dalam dan di luar padang. Ia amat penting untuk pembangunan berterusan skuad kebangsaan.
“Kejohanan ini adalah satu lagi peluang penting untuk Harimau Malaya mengharumkan nama negara, menyemarakkan semangat penyokong dan terus membina perpaduan yang diimpikan oleh bola sepak Malaysia,” kata Cklamovski, baru-baru ini.

Artikel lain: Harimau Malaya Rancang Lawan Gergasi Dunia, Mahu Tingkat Prestasi Sebelum Piala Asia

Terdahulu, Cklamovski memberi bayangan bahawa skuad Harimau Malaya yang berada di ranking 131 dunia sudah menyiapkan perancangan yang baik bagi jendela perlawanan antarabangsa pada September ini.

Difahakamkan, penyertaan dalam Piala Negara-Negara CAFA 2025 itu juga menjadi faktor skuad kebangsaan negara menolak permintaan Indonesia untuk bertemu dalam aksi persahabatan pada jendela perlawanan antarabangsa itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansor)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd