Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Final Pesta Bola Merdeka 2023 Kekal Berlangsung Di SNBJ

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal dengan keputusan untuk melangsungkan perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Hal tersebut dinyatakan sendiri FAM menerusi satu kenyataan media di laman Facebook.

Penelitian terhadap padang sudah dibuat

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Hj Rahman, keputusan berkenaan dibuat menerusi mesyuarat yang diadakan sejurus pemeriksaan keadaan terkini padang di stadium tersebut dan selepas penelitian serta penilaian dari aspek teknikal, ia boleh digunakan untuk aksi final Selasa ini.
Kredit foto: Football Association Malaysia (FAM)
Selain itu, keputusan tersebut turut mengambil kira beberapa faktor dan pertimbangan lain termasuk dari aspek logistik membabitkan sekretariat, petugas serta pasukan yang terlibat, selain tiada venue lain di Lembah Klang yang mampu menampung jangkaan jumlah kehadiran penyokong Harimau Malaya.
Kredit foto: Football Association Malaysia (FAM)

FAM yakin kondisi padang lepas lihat perlawanan Pestabola Merdeka antara Malaysia vs India

Biarpun keadaan padang baharu Stadium Nasional tidak begitu memuaskan sewaktu perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023, Malaysia lawan India pada Jumaat lalu, 13 Oktober 2023, FAM yakin dan percaya bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) serta pihak konsultan teknikal dan kontraktornya mampu untuk membaikpulih keadaan rumput tersebut menjelang Selasa ini.
Dalam pada itu Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Pengerusi PSM, Dato’ Hans Isaac turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah PSM, Datuk Seri Windsor John; Pengerusi LOC Pestabola Merdeka 2023 yang juga Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon pada tengah hari tadi telah melakukan pemeriksaan bagi melihat sendiri keadaan terkini padang Stadium Nasional.
Kredit foto: Football Association Malaysia (FAM)

Kekal final Pestabola Merdeka di SNBJ

Selepas pemeriksaan tersebut, mesyuarat yang disertai pihak-pihak terbabit telah bersetuju untuk aksi Final Pestabola Merdeka 2023, Selasa ini tetap dimainkan di Stadium Nasional berdasarkan perkembangan positif yang dapat dilihat pada kerja-kerja baik pulih padang tersebut.
Malah Pan Gon sendiri dari segi teknikal melihat bahawa padang tersebut boleh dimainkan dan berasakan adalah lebih baik aksi final kekal di Stadium Nasional supaya tidak mengganggu fokus dan persiapan pasukannya.
FAM cukup berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta PSM yang mana pihak mereka sudah berusaha keras dan sedaya upaya dalam menjayakan projek penukaran rumput baharu di Stadium Nasional ini dan memastikan ia dapat digunakan pada Pestabola Merdeka 2023 ini.
Junjung kasih juga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kesudian baginda menaja pemasangan rumput baharu jenis Zeon Zoysia ini.
Mungkin atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan terutama dari segi tempoh masa, keadaan padang baharu ini tidak cukup sempurna seperti yang semua harapkan untuk diguna pakai pada Pestabola Merdeka 2023 ini, namun ia masih tetap lebih baik berbanding rumput cow grass yang digunakan sebelum ini.

Kredit foto: Football Association Malaysia (FAM)

Jika dipindahkan venue mungkin beri kesulitan kepada penyokong

Dengan mengambil kira bahawa Stadium Nasional ini merupakan ‘ ‘Home of Harimau Malaya’ dan jumlah penjualan tiket aksi final yang sudah melebihi 10,000 penonton setakat ini, tiada venue lain di sekitar Lembah Klang yang mampu untuk menampung kapasiti tersebut kecuali Stadium Nasional.
Malah jika dipindahkan aksi final ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu, ia akan menimbulkan lebih masalah dan kesulitan kepada para penyokong setia Harimau Malaya yang telah pun membeli tiket-tiket tersebut kerana majoriti mereka berada di Lembah Klang.
Justeru, dengan mengambil keputusan untuk kekal bermain di Stadium Nasional ini, FAM akan terus bekerjasama rapat dengan PSM di sepanjang tempoh beberapa hari menjelang Selasa ini bagi memastikan tahap atau keadaan padang Stadium Nasional dapat diminimumkan kerosakannya demi memastikan aksi final dapat berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar penyokong setia Harimau Malaya untuk sama-sama memenuhi stadium bagi memberkan sorakan gemuruh buat pasukan negara bagi menjulang trofi Pestabola Merdeka 2023.
“Kepada semua penyokong Harimau Malaya, ayuh gunakan peluang ini untuk memenuhi kesemua 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional ini bagi memberikan semangat dan motivasi kepada para pemain skuad Harimau Malaya untuk mengatasi Tajikistan, Selasa ini dan seterusnya berjaya menjulang trofi Pestabola Merdeka 2023,”

Kredit foto: Football Association Malaysia (FAM)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Football Association Malaysia (FAM)

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd