Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Masih Belum Failkan Rayuan Ke CAS, Tarikh Akhir Semakin Hampir

Walaupun tempoh 21 hari yang diberikan FIFA hampir tamat, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum mengemukakan sebarang rayuan rasmi kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes tujuh pemain warisan negara.

CAS belum terima fail rayuan FAM

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini disahkan oleh pegawai komunikasi CAS, Vanessa Tracey yang menegaskan bahawa setakat ini, rayuan daripada FAM belum diterima.

Tempoh yang diberikan dijangka berakhir sekitar 8 Disember yang meninggalkan kira-kira seminggu bagi FAM untuk mengambil tindakan.

cas

Sebelum ini, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan bahawa pihaknya telah memulakan proses bagi membawa kes ini ke CAS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan bahawa langkah tersebut diambil bagi memastikan hak pemain terlibat terus dilindungi dan intergirti proses kelayakan pemain yang ditetapkan kerajaan serta badam berkaitan terus dijaga.

Artikel lain: Demi Keadilan! FAM Nekad, Terus Perjuang Hak Pemain Walau Rayuan Ditolak FIFA

Menurutnya, FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara dan setiap tindakan akan dijalankan secara profesional, telus, dan mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.

Kes ini melibatkan tujuh pemain warisan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka sebelum ini dikenakan hukuman oleh FIFA berikutan prosiding berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen.

Hukuman itu termasuk penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan denda, manakala FAM turut dikenakan denda berjumlah CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta).

cas

Keputusan menolak rayuan FAM dibuat setelah FIFA meneliti keseluruhan bukti dan hujahan dalam prosiding tersebut.

Badan induk antarabangsa itu menegaskan bahawa kes ini merupakan pelanggaran serius di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), sekaligus mengekalkan semua hukuman yang telah ditetapkan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan tempoh masa yang semakin suntuk, perhatian kini tertumpu kepada langkah seterusnya oleh FAM.

Sama ada badan induk itu akan segera membawa kes ini ke CAS atau membiarkan peluang terakhir yang diberikan FIFA berlalu begitu sahaja, ia menjadi persoalan hangat di kalangan peminat bola sepak tanah air yang menantikan keputusan muktamad bagi nasib tujuh pemain warisan tersebut.

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd