Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Elon Musk Gantung Akaun Twitter Kanye West Lepas Muat Naik Hantaran ‘Sensitif’

Nama bintang tersohor Hollywood, Kanye West  atau dikenali Ye kembali menjadi bualan hangat ramai apabila akaun Twitter miliknya disekat oleh Elon Musk.

Memetik portal The Guardian, Musk berbuat demikian pada Jumaat setelah penyanyi rap kontroversi memuat naik gambar sensitif iaitu memaparkan simbol swastika dan Star of David.

“Akaun miliknya (Ye) digantung kerana menghasut keganasan,” kata Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Twitter.

Selain itu, Ye turut berkongsi gambar tidak berbaju dan disembur dengan air beserta kapsyen ringkas.

“Ayuh kita sentiasa ingat ini ialah tweet terakhir saya,”ciapnya.

Sekadar info, Ye yang juga bekas suami selebriti terkenal, Kim Kardashian dilihat sering mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Yahudi dan secara terang-terangan mengakui dia menyukai pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melihat kepada kenyataan berani dibuat oleh Ye, Musk mengambil tindakan tegas untuk menyekat akaun Twitter milik penyanyi berkenaan. Namun, ada juga dakwaan mengatakan tindakan Musk itu seolah-olah bertentangan dengan prinsip ‘kebebasan bersuara’ yang dilontarkannya sebelum ini.

Musk berkata, dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk tidak menyekat akaun Twitter milik Ye, tetapi dia seringkali melanggar garis panduan platform berkenaan.

“Saya dah cuba sebaik mungkin. Tetapi, dia sekali lagi melanggar garis panduan ditetapkan iaitu membuat hasutan keganasan. Akaun akan digantung,”ciap Musk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana tidaknya, Musk berulang kali menyatakan bahawa beliau percaya semua kandungan yang dibenarkan undang-undang boleh dipaparkan di Twitter yang turut mencetuskan kebimbangan jika bos baharu laman blog mikro berkenaan gagal menapis maklumat palsu di platform tersebut.

Sementara itu, rangkaian Parler telah membatalkan rancangan mereka untuk menjual platform berkenaan kepada Ye kerana semakin lantang bersuara mengenai anti-Yahudi.

“Parlement Technologies mahu mengumumkan persetujuan bersama yang dicapai bersama Ye pada pertengahan bulan lalu telah dibatalkan,” ujar rangkaian itu yang dilihat sebagai medium retorik golongan ekstremis,”ujarnya.

Sumber: The Guardian, Twitter @elonmusk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd