Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pagi tadi.
Polis rampas senjata yang digunakan
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, mangsa dilaporkan ditikam beberapa kali di bahagian badan menggunakan senjata tajam di kawasan tandas pelajar perempuan.

Foto: Media sosial
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian itu disedari oleh seorang guru yang terdengar jeritan dari arah tandas sebelum bergegas ke lokasi, namun ketika itu mangsa sudah dalam keadaan parah.
Artikel lain: Dendam Dipaksa Belajar Jadi Punca Calon SPM Habiskan Nyawa Ibu & Abang
“Polis telah merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan. Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek merupakan pelajar di sekolah sama tetapi berbeza tingkatan,” katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Foto: Media sosial
Beliau menambah, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan direman esok mengkut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis turut mengesahkan tiada sebarang unsur buli dalam kejadian membabitkan pelajar perempuan berusia 16 tahun itu.
“Kejadian ini hanya melibatkan seorang mangsa dan tiada pelajar lain yang cedera. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)
