Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beradik Ditemui Maut Dalam Rumah Sewa, Jiran Dakwa Terdengar Jeritan

Penduduk Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, gempar apabila dua lelaki warga Bangladesh dipercayai adik-beradik ditemui maut di rumah sewa mereka, malam Selasa.

Dua beradik baru menyewa enam bulan

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang apabila beberapa penduduk mendengar pertengkaran dan jeritan dari kediaman berkenaan sebelum mayat kedua-duanya ditemui.

dua beradik

Foto: Sinar Harian

Menurut sumber, salah seorang daripada mangsa dipercayai ditetak manakaa seorang lagi maut selepas menetak sebelum disedari oleh orang awam.

Artikel lain: Lelaki Dan Wanita Ditemukan Maut Ditikam, Polis Siasat Punca Kejadian

Seorang jiran, Muhammad Zuhaili Mohd Zin, 31, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah, namun isterinya memaklumkan terdengar jeritan kuat dari arah rumah bersebelahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaik pulang, saya nampak seorang lelaki meraung di luar rumah. Bila masuk ke dalam, saya dapati dapur berselerak dan seorang lelaki dalam keadaan tersembam di atas lantai berlumuran darah.
“Seorang lagi dipercayai menggantung diri dalam bilik yang pintunya berkunci sebelum pihak polis tiba,” katanya.
dua beradik

Foto: Sinar Harian

Zuhaili memberitahu, dua beradik itu sudah menyewa rumah berkenaan sejak lebih enam bulan lalu dan bekerja di tapak pembinaan berhampiran taman tersebut.

“Dua beradik tersebut bukan jenis yang banyak bergaul tapi selalu beri salam bila berselisih. Saya difahamkan si adik sudah berkahwin dengan wanita warga Indonesia dan mempunyai seorang anak, namun isterinya melarikan diri bersama anak mereka kira-kira dua minggu lalu.
“Sebelum ini kami pernah dengar pergaduhan antara mereka, malah isterinya kerap memarahi si adik kerana mahu bekerja. Mungkin tekanan itu yang jadi punca tragedi ni,” ujarnya.

Tambahnya, si adik dikenali sebagai seorang yang pendiam dan baik hati, dan dia tidak menyangka konflik keluarga itu berakhir dengan insiden tragis.

dua beradik

Foto: Sinar Harian

“Tak sangka sampai jadi macam ni, bergaduh dengan abang sendiri… sebab adik tu pun jarang lawan cakap isteri dia,” jelasnya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati orang ramai memenuhi kawasan berhampiran rumah berkenaan sementara pasukan polis dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan.

Mayat dua beradik itu dibawa keluar sekitar jam 10.45 malam selepas siasatan forensik selesai dijalankan.

Setakat ini, polis masih belum mengeluakan kenyataan rasmi berhubung punca sebenar kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Sosial

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menegaskan para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak pernah menganggap diri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd