Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Demi Harimau Malaya, Jay Chou Sedia Tangguh Konsert Di Stadium Nasional

Penyanyi Taiwan, Jay Chou bersedia bagi menangguhkan konsertnya pada 15 Januari ini demi memberi laluan kepada aksi perlawanan antara Harimau Malaya dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Menurut laporan MalaysiaKini, ia berikutan selepas segelintir penyokong skuad Harimau Malaya tidak berpuas hati kerana SNBJ ‘kehilangan’ 21,000 tempat duduk disebabkan struktur pentas konsertnya.

Kredit foto: Kosmo Online

Bagaimanapun, penulis lirik, rapper, aktor dan personaliti televisyen berusia 43 tahun itu meminta peminat bola sepak sendiri memaklumkan perkara berkenaan kepada persatuan sukan dan pengurusan stadium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Peminat bola sepak Malaysia, saya tahu anda memandang serius bola sepak. Saya boleh bekerjasama dan menangguhkan konsert, tiada masalah.
“Tetapi yang penting anda harus sampaikan kepada persatuan bola sepak atau penganjur tempat anda sama ada mereka membenarkan saya menangguhkan konsert.
“Saya tiada masalah dengan itu, saya cuma mahu menyanyi untuk peminat saya. Cuma saya harap apabila orang datang melihat konsert saya…
“…mereka datang dengan hati yang gembira,” katanya dalam satu kenyataan menerusi InstaStory miliknya semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, lokasi konsert tersebut telah ditempah awal oleh pihak penganjur sejak 2019 dengan membabitkan jumlah kru berskala besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, mustahil untuk mengubah struktur pentas konsert dimana masalah sama akan tetap berulang sekiranya Malaysia mara ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 16 Januari.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 manakala 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’.

Sumber: MalaysiaKini, Instagram Jay Chou

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd