Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bekas Paderi Dapat Hidayah Allah, Berjaya Islamkan 100,000 Pengikut Kristian

Bekas paderi Afrika Selatan, Ibrahim Richmond pernah menjadi bualan hangat ramai dalam kalangan netizen sebaik sahaja dia memeluk agama Islam malah, mengajak ribuan pengikut kristian untuk mengikuti jejaknya.

Difahamkan, Ibrahim Richmond telah mendapat hidayah Allah sejak dua bulan lalu selepas menjadi paderi 15 tahun di sebuah gereja mendapat undangan Allah untuk mengerjakan ibadah haji, baru-baru ini.

Menceritakan kembali bagaimana Ibrahim masuk Islam, dia sebenarnya telah menemui hidayah menerusi mimpi sehingga mengubah 360 kehidupannya.

Pada suatu malam, dia telah terdengar bisikan suara dalam tidurnya ketika tidur di bilik kecil di gereja namun, hanya mengabaikan mimpi tersebut kerana berfikir ia hanyalah mainan tidur.

Bagaimanapun, suara itu datang menghantuinya berulang kali sehingga menyebabkan Ibrahim akur dengan suruhannya yang mengarahkan ribuan pengikutnya memakai pakaian putih apabila hadir di gereja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Permintaan itu dilaksanakan oleh Ibrahim dan dengan izin Allah, semua pengikut telah memenuhi arahan tersebut tanpa bantahan sekali pun.

“Apabila mesyuarat seterusnya diadakan, ribuan pengikut memakai kopiah putih di atas kepala mereka. Semua, menerima apa yang disampaikan,” cerita Ibrahim.

Secara tidak langsung, Ibrahim dan 100,000 pengikut Kristian dalam gereja tersebut telah melafazkan dua kalimah syahadah yang dipimpin oleh seorang lelaki muslim dan sekali gus mereka memeluk Islam secara beramai-ramai.

Berita penghijrahan Ibrahim telah tersebar luas dan selang beberapa bulan kemudian dia telah menerima jemputan untuk mengerjakan ibadah haji.

Merasakan diri tidak layak, Ibrahim sehingga kini tidak percaya dia telah menerima pelawaan ke tanah suci. Semoga kisah penghijrahannya dapat menjadi teladan untuk kita semua.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak boleh pergi ke sana. Perkara ini tidak berlaku, saya tidak percaya.
“Allah adalah cahaya dalam hidup kita, saya dan semua orang. Allah merupakan cahaya di muka bumi ini. Semoga Allah memberi pengampunan kepada kita semua,” katanya.

Sumber: Twitter @Haramain

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd