Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Model AI Dari China, DeepSeek Berjaya Kalahkan ChatGPT Di Stor Aplikasi

Model kecerdasan buatan (AI) dari China iaitu DeepSeek berjaya kalahkan ChatGPT, model AI dari AS yang mendominasi sebelum ini sekaligus melonjak ke tempat pertama dalam carta muat turun aplikasi di Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan China Daily, DeepSeek secara rasmi melancarkan model AI terbarunya, DeepSeek-R1 dengan menempatkan prestasinya setanding dengan versi rasmi o1 OpenAI.

DeepSeek berjaya kalahkan ChatGPT

DeepSeek Berjaya Kalahkan ChatGPT

Selain menyamai prestasi o1, pelancaraan DeepSeek-R1 telah mengejutkan industri teknologi AS kerana ia sepenuhnya merupakan sumber terbuka dan berjaya mencapai kejayaan itu dengan kos yang sangat rendah,

Ketua Eksekutif Scale AI, Alexandr Wang berkata walaupun AS dianggap lebih maju berbanding China dalam industri AI sejak 10 tahun lalu, namun pelancaran model AI DeepSeek mungkin boleh mengubah perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 70 Tempahan Sejak Oktober, Proton e.MAS 7 Jadi Pilihan Pesara Kerajaan

Menurutnya, prestasi model AI DeepSeek hampir sama dengan model kecerdasan buatan terbaik dari AS.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg juga telah mengumumkan pada Jumaat bahawa syarikatnya merancang untuk membelanjakan lebih daripada 60$ bilion untuk membina pusat data yang besar di Louisiana untuk menggerakkan model AI terbaru mereka, Llama 4.

Sekadar info, populariti DeepSeek meningkat selepas kemas kini barunya dikeluarkan pada awal Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: China Daily

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua kilang pemprosesan kicap dan sos cili yang sudah beroperasi lebih 120 tahun di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak...

Politik

Susulan kes kalah saman fitnah terhadap tiga veteran dan pemimpin DAP, Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad selesai membayar RM830,034.75 dalam bentuk...

Nasional

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Radzi Jidin mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan...

Lokal

Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan seorang peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd