Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Maut, Polis Rakam Keterangan 82 Individu Kes Pukul Banduan Penjara Taiping

Polis telah merekod keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara berhubung dakwaan kes pukul melibatkan puluhan banduan di Penjara Taiping sehingga mengakibatkan satu kematian.

Kes pukul banduan Penjara Taiping

Penjara Taiping

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Buletin TV3, Pemangku Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, baki 80 lagi yang dirakam keterangan melibatkan banduan serta tahanan di penjara tersebut.

Beliau turut mengesahkan pihaknya menerima banyak laporan mengenai insiden termasuk laporan polis pada 17 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zulkafli berkata, kes tersebut mulanya disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan sudah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, untuk siasatan lanjut.

“Yang lain-lain itu masih dalam siasatan, tetapi kita akan angkat ke peringkat Bukit Aman dan siasatan telus akan terus dijalankan.
“Insya-Allah bila sudah lengkap dan gambaran situasi sebenar diperoleh, kita akan cuba keluarkan kenyataan media.
“Buat masa sekarang siasatan dijalankan daripada laporan yang mula diterima pada 17 Januari lalu dan kalau ikut kategori siasatan ia mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel lain: Kes Pukul OKU Mental: Individu Keenam Direman Tiga Hari

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Taiping Selatan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), hari ini.

Terdahulu, sebuah pertubuhan politik mengadakan perhimpunan di perkarangan Penjara Taiping atas isu penderaan dan mencederakan banduan yang turut disertai ahli keluarga banduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hari ini, lebih 50 ahli keluarga dan waris telah berkumpul di hadapan Penjara Taiping menuntut siasatan dan tindakan diambil pihak berkuasa.

Perhimpunan tersebut diadakan berikutan dakwaan berlakunya kekasaran oleh lebih 60 warden penjara terhadap lebih 100 banduan yang menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.

Menurut dakwaan, lebih 30 laporan polis telah dibuat oleh keluarga banduan, dan keluarga mangsa tidak dibenarkan melawat dengan alasan banduan dikuarantin.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua kilang pemprosesan kicap dan sos cili yang sudah beroperasi lebih 120 tahun di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak...

Politik

Susulan kes kalah saman fitnah terhadap tiga veteran dan pemimpin DAP, Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad selesai membayar RM830,034.75 dalam bentuk...

Nasional

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Radzi Jidin mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan...

Lokal

Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan seorang peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd