Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akmal Saleh Minta Kor Ming Faham Sensitiviti Penjualan Arak Di Kawasan Majoriti Muslim

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memahami sensitiviti penjualan arak di kawasan penduduk majoriti Islam.

Penjualan Arak

Foto: Facebook Akmal Saleh

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Dr. Muhamad Akmal berkata sebagai seorang menteri, Kor Ming tidak seharusnya mudah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Yang dicadangkan oleh MBI adalah tiada penjualan arak dikawasan majoritinya muslim, hampir 100 peratus muslim dan bukan menghalang orang bukan muslim nak minum arak.
“Tetapi kalau nak beli dan minum bukan di kawasan majoritinya muslim dan kawasan yang dilarang jual arak ni dengan bandar ipoh yang dibenarkan penjualan arak bukannya jauh sangat.
“Sebab arak ini adalah perkara yang sensitif untuk orang muslim, jadi tiada keperluan untuk menjual di kawasan yang majoritinya adalah muslim,” katanya pada Ahad.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelumnya, Kor Ming menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan status quo berhubung isu penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Menurutnya, ketetapan tersebut bagi memastikan keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum terjamin selain mengelak dijadikan sentimen politik.

Artikel lain: Akmal Saleh Beri Amaran Pemimpin BN Di Sabah, Jangan Lompat Parti Jika Menang PRN

“Dalam hal ini kita nak jaga keharmonian semua. Jadi bagi saya, kita akan kekalkan status quo waktu ini kerana tiada isu pun. Mereka yang tidak boleh minum, jangan belilah dan kita pun tidak boleh larang orang yang boleh minum kerana itu hak dia.
“Jangan lupa juga bahawa premis yang menjual (minuman keras) di mana-mana kawasan pun semuanya ada lesen dan perniagaan itu bukan perniagaan yang tidak sah di sisi undang-undang,” ujar Kor Ming.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Filem

Filem Soloz: Game Of Life yang mengangkat kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria atau Soloz akan ditayangkan di pawagam...

Lokal

Dua kilang pemprosesan kicap dan sos cili yang sudah beroperasi lebih 120 tahun di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak...

Politik

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamamd Akmal Saleh beri amaran pemimpin BN di Sabah agar tidak mengkhianati parti itu jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Spotlight

Lama menyepi dari dunia hiburan, nama selebriti Hollywood Justin Bieber tiba-tiba menjadi sebutan warganet apabila peminat mendakwa dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd