Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dilepaskan JDT, Akhyar Rashid Kini Sarung Jersi TFC – “Terima Kasih Tunku Mahkota Ismail”

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC).

Terengganu FC

Foto: Facebook Akhyar Rashid

Menurut laporan Berita Harian, pemain kelahiran Kedah itu kini akan menyarung jersi TFC secara tetap sehingga musim 2027 selepas mendapat persetujuan daripada pemilik kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M), Tunku Mahkota Ismail.

“Peluang yang diberikan kepada saya untuk terus menyarung jersi TFC sehingga musim 2027 akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meningkatkan lagi kualiti permainan, terima kasih juga kepada pihak pengurusan TFC,” katanya.

Pada masa sama, pemain berusia 25 tahun itu turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan bekas kelabnya yang banyak membantu meningkatkan kualiti permainannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelepasan ikatan itu untuk memastikan aset pasukan kebangsaan itu terus bersinar kerana khidmatnya ditagih skuad negara.

Foto: Facebook Akhyar Rashid

Terdahulu, Akhyar secara rasmi sah tidak lagi bergelar pemain pinjaman JDT selepas Tunku Ismail memberi persetujuan untuk menyarung jersi skuad Penyu secara tetap.

Pengumuman tersebut membolehkan pemain Harimau Malaya berketinggian 1.70 meter itu beraksi menentang bekas kelab majikannya pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: TMJ Buat Kejutan Besar Bertemu Presiden Paris Saint-Germain

Kapten TFC, Safawi Rasid bagaimanapun belum dapat beraksi menentang skuad Harimau Selatan kerana masih lagi bergelar pemain pinjaman JDT berdasarkan perjanjian budiman antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, seorang lagi pemain pinjaman JDT Muhammad Azam Azmi Murad dibenarkan beraksi menentang JDT selepas mendapat kebenaran daripada kelab gergasi tersebut.

Sumber: Berita Harian (Malik Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan seorang peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

Sukan

Jenama sukan terkemuka dunia, PUMA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya sebagai simbolik bermulanya era baharu bola sepak...

Sukan

Semakin mendebarkan apabila jaguh muai thai negara, Jojo Ghazali bakal beraksi melawan bintang Colombia iaitu Johan Estupinan untuk aksi ONE 170 di Impact Arena,...

Dunia

Misteri penemuan beg merah berisi mayat seorang wanita berstatus janda di Ngawi, Indonesia, Khamis lalu akhirnya terbongkar apabila suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd