Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Terkenal Sebagai Pelakon Suara ‘Darth Vader’, James Earl Jones Meninggal Dunia

Pelakon yang terkenal dengan suara bariton sebagai watak penjahat Dart Vader dalam filem ‘Star Wars’, James Earl Jones meninggal dunia pada Isnin di usia 93 tahun.

Memetik laporan Variety, Jones juga menyumbangkan bakatnya dalam beberapa filem lain termasuk menjadi suara kepada watak Mufasa dalam filem animasi Disney, ‘Lion King’.

Sementara itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem-filem yang terkenal seperti ‘Conan The Barbarian’ yang dibintangi Arnorld Schwarzenegger serta filem ‘Field of Dreams’ pada tahun 1989 bersama Kevin Costner.

James Earl Jones meninggal dunia pada usia 93 tahun

James Earl Jones Meninggal Dunia

Jones juga menerima banyak pencalonan seperti empat Anugerah Tony dan beliau menerima dua daripadanya pada tahun 1969 untuk lakokan sebagai petinju Jack Johnson dalam filem ‘The Great White Rope’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga menerima sebanyak lapan pencalonan Anugerah Emmy Primetime dan beliau memenangi sebanyak dua kali sebagai pelakon pembantu dalam siri mini ‘Heat Wave’ dan siri drama ‘Gabriel’s Fire’.

Dalam pada itu, bagi peranannya yang sangat terkenal iaitu menjadi pelakon suara kepada Darth Vader dalam filem ‘Star Wars: A New Hope’, Jones dibayar sebanyak $7,000 (RM39,514).

Artikel lain: Buat Kemunculan Semula, Linkin Park Perkenal Ahli Baharu

Bagaimanapun, Jones menolak untuk menerima kredit skrin untuk filem tersebut, termasuk sekualnya, ‘The Empire Strikes Back’ pada 1980 bagi menghormati pelakon yang memegang watak Darth Vader iaitu David Prowse.

Advertisement. Scroll to continue reading.

James Earl Jones Meninggal Dunia

Namun, Jones akhirnya menerima kredit skrin dalam satu lagi sekuel filem itu iaitu ‘Return of the Jedi kerana watak tersebut merupakan penjahat yang paling terkenal.

Jones dilahirkan pada tahun 1930 di Mississippi kemudian berpindah bersama datuk dan nenek dari keluarga ibunya ketika dia berusia lima tahun.

Disebabkan perpindahan itu, Jones mengalami kegagapan yang teruk sehingga beliau hanya dapat berkomunikasi menerusi tulisan.

Hanya selepas memasuki sekolah menengah Jones dapat mengatasi kegagapannya apabila guru bahasa Inggerisnya meminta dia membacakan puisi yang ditulis oleh pelakon itu di hadapan kelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Variety

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd