Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dilaporkan Hilang, Dhania Maisara Dan Nur Aina Faqihah Ditemukan Selamat

Remaja perempuan, Dhania Maisara Muhammad Suhairi yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ditemukan selamat di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Arau, Perlis manakala seorang lagi Nur Aina Faqihah pula ditemukan selamat di stesen bas dekat Triang, Bera, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, bapa kepada Dhania, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, memberitahu bahawa dia terus ke lokasi seusai sahaja dimaklumkan mengenai penemuan anaknya yang berusia 13 tahun itu sekitar jam 7.30 malam, semalam.

Foto: Media Sosial

Difahamkan, penduduk kampung menemui Dhania dan seorang lagi rakannya ketika mereka turun dari kereta api di stesen berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penduduk kampung kemudian menahan mereka sebelum memaklumkan kepada saya.
“Sebaik tiba di lokasi, anak ditemui dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuannya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Muhammad Suhairi berkata, anak perempuannya itu dikatakan masih belum bersedia untuk berkongsi perkara sebenar yang terjadi sepanjang mangsa dilaporkan hilang.

Foto: Majoriti

“Pada hari kejadian, saya ada menerima mesej WhatsApp daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan (rakan mangsa) untuk membawa Dhania keluar makan bersama.
“Bagaimanapun, selepas disiasat melalui pesanan WhatsApp itu, ia sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi remaja berusia 17 tahun iaitu Nur Aina Faqihah yang hilang sejak 15 Julai lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam dan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan untuk keperluan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata Aina yang berasal dari Kampung Lama, Lurah Bilut dilaporkan hilang dari rumahnya pada 15 Julai dan pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu pada keesokan harinya.

“Mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang semalam dan dibawa ke balai polis berdekatan.
“Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Foto: Malaysia Gazette

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffly) & Malaysia Gazette (Syahira Yahya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd