Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) kaji cadangan untuk merekrut penggodam komputer (hackers) sebagai sebahagaian daripada ketumbukan angkatan tentera baharu pada masa hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia diperkenalkan bagi membanteras ancaman bukan tradisional seperti serangan siber dan ancaman elektromagnetik pertahanan.
“Banyak penganalisis meramalkan yang pertempuran atau pertembungan kuasa akan lebih membabitkan kecanggihan teknologi seperti ‘unmanned drones’ dan aset yang dikawal secara digital.
“Semua ini menjadi asas untuk kita melihat secara serius keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AI), big data dan pendigitalan di Mindef dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.
Sekadar gambar hiasan | Kredit foto: Carian Google
Menurutnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kick-Off Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahan (KPP), ia memberi penekanan kepada pembangunan seiring perkembangan geopolitik bagi melahirkan angkatan bukan sahaja dilengkapi peralatan moden.
Malah, mahir dalam mengendali serta menyelenggara aset berkenaan pada masa hadapan.
“Saya tekankan beberapa perkara (berkenaan) angkatan masa hadapan yang mana ia bukan saja merujuk kepada perolehan perkakasan baharu tetapi juga kepada anggota-anggota.
“Kemungkinan kita akan berhadapan dengan peperangan akan datang yang banyak menggunakan teknologi misalnya sekarang kita tengok serangan menggunakan dron,” katanya lagi.
Kredit foto: Bernama
Artikel lain: MINDEF Fokus Lima Perkara Utama Dalam Capai Visi Malaysia Sebagai Negara Selamat
Mohamed Khaled berkata, kemajuan dan kepakaran teknologi khususnya bidang AI dan big data penting dalam membentuk angkatan masa hadapan yang berkredibiliti.
KPP juga menekankan elemen 5T yang menggariskan lima langkah penting dalam usaha merevolusasikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan fungsi-fungsinya.
Lima elemen berkenaan ialah Threats Monitoring (pemantauan ancamana), Trend Analysis (analisis trend), Performance Tracking (jejakan prestasi), Transformation Driver (pemancu transformasi), dan Touch Point Platform.
Tegasnya, angkatan masa hadapan perlu mengambil kira pelbagai jenis peperangan yang berkemungkinan akan berlaku.
“Hari ini kita lihat penggunaan meluas teknologi IT dan sebagainya (dalam peperangan)
“Ia akan menjadi trend yang dilaksanakan tentera di banyak tempat lain jadi kita tidak boleh ketinggalan dalam perkara ini,”ujar Mohamed Khaled.
Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)