Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Malaysia Harap Ada Gencatan Senjata Kekal Di Palestin – Fahmi Fadzil

Kerajaan Malaysia harap akan ada gencatan senjata kekal di Palestin dengan gencatan senjata selama empat hari hanya langkah pertama mengakhiri penghapusan etnik di Gaza.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata demikian dalam satu wawancara dengan Al-Jazeera Mubasher yang dikeluarkan semalam.

Malaysia harap ada gencatan senjata kekal di Palestin

Beliau berkata, gencatan senjata selama empat hari itu adalah langkah yang disambut baik oleh Malaysia bersama Indonesia dan negara Islam lain.

Namun begitu, negara-negara ini berharap ada penyelesaian kekal yang dapat dicapai untuk mengakhiri konflik tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya fikir ini langkah pertama. Saya percaya mungkin banyak lagi yang perlu dilakukan kerana Israel tidak membayangkan untuk menghentikan usaha perangnya, dan ini kepada saya membimbangkan.
“Pada masa sama, kita berharap tidak ada peningkatan konflik terutama di kawasan sempadan, misalnya antara Lubnan dan Israel,” katanya.

Tambah Fahmi, Malaysia juga percaya bahawa terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia bersedia untuk memainkan peranannya, bukan sahaja menyuarakan rasa tidak puas hati kelewatan gencatan kemanusiaan tetapi juga menantikan kemajuan dalam menghentikan peperangan penghapusan etnik,” ujarnya.

Pada Rabu, Hamas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mencapai perjanjian gencatan senjata selama empat hari dengan Israel.

Foto: Malaysiakini

Perjanjian tersebut dimeterai di bawah pengantaraan Qatar-Mesir selepas 46 hari konflik berdarah di kawasan yang dikepung.

Mengikut perjanjian diusahakan Qatar, Hamas bersetuju untuk membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak warga Israel yang ditahan sebagai pertukaran bagi 150 tahanan Palestin di penjara Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel berkaitan: Genjatan Senjata Palestin-Israel Bermula Hari Ini, Tebusan Akan Dibebaskan

Perjanjian itu juga termasuk menghentikan semua operasi ketenteraan selama empat hari dan membenarkan 300 trak bantuan kemanusiaan, perubataan dan minyak masuk ke Semenanjung Gaza.

Mengulas lanjut, Fahmi juga berkata Malaysia bukan antara pihak yang menandatangani Statut Rom dan tidak dapat membawa kes terhadap Israel dan pemimpinnya.

Namun begitu, Malaysia tetap bersedia untuk membantu dalam kes pendakwaan pemimpin Israel atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malah, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberikan bantuan guaman kepada pasukan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk membawa kes terhadap Israel dan pemimpinnya yang terbabit dalam penghapusan etnik itu.
“Jadi Malaysia dari satu sudut bersedia membantu dalam kes untuk mendakwa pemimpin Israel atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, buat masa ini Malaysia tidak mempunyai perancangan bagi menghantar tentera ke Palestin.

Hal ini kerana, mereka sudah mempunyai pasukan pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Lubnan.

Sementara itu, dalam wawancara berasingan, Fahmi memaklumkan Malaysia menyedari beberapa institusi dan bangunan yang khusus dibina untuk rakyat Palestin di Gaza telah menjadi sasaran serangan Israel.

“Oleh itu, kerajaan Malaysia mungkin perlu meneliti lebih terperinci dalam hal ini kerana kos pembinaannya melibatkan sejumlah besar dana yang dikumpulkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia,” katanya.

Ujarnya, Malaysia telah mengumpulkan hampir RM100 juta (kira-kira US$22 juta) melalui kerajaan dan juga dengan bantuan banyak sektor swasta dan entiti korporat dalam usaha memberikan bantuan kemanusiaan di Palestin.

Menurutnya, keperluan segera dan mendesak rakyat Palestin adalah dari segi bantuan makanan dan perubatan menjelang musim sejuk.

“Saya fikir, ini adalah perkara yang diperlukan dengan segera menjelang musim sejuk,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd