Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecoh Pekerja Pakai Songkok, Rantai Salib? Pengurus Restoran Mohon Maaf!

Pengurus Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang mohon maaf dan mengaku silap bagi pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib yang didakwa dipakai salah seorang kakitangannya.

Pengurus mohon maaf

Memetik laporan Harian Metro, pengurus restoran dikenali Sofia, 27, mengesahkan individu berkenaan merupakan salah seorang daripada kakitangannya. Bagaimanapun, lelaki terbabit sudah tidak lagi bekerja di restoran tersebut selepas diberhentikan.

Pihak pengurusan turut mohon maaf sekali lagi kepada mereka yang tersinggung dan berasa kurang senang selepas menonton video tular berkenaan.

“Saya akui, ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu.
“Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu,”katanya.

mohon maaf

Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas pandang terutama perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Sofia mendedahkan dirinya tidak dapat tidur dengan tenang selepas video tersebut tular dengan begitu cepat.

Dalam proses ambil sijil halal

Tambah Sofia, restoran berkenaan masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang semuanya Cina Muslim.

Katanya lagi, pihak pengurusan sentiasa mengutamakan status halal kerana menyedari ramai di kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal),” jelas Sofia.

Sementara itu, Sofia meluahkan ketidaksangkaan apabila restoran diusahakannya akan tular sehingga dikunjungi ramai pelanggan pada setiap hari kerana baru dua bulan sahaja dibuka di Malaysia.

“Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.
“Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Terima kasih kepada semua yang datang,” luahnya.

mohon maaf

Artikel lain: “Sumpah Demi Allah..”- Peniaga Nasi Ayam Claypot Nafi Guna Bahan Tak Halal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd