Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tol Percuma Deepavali, Kerajaan Tanggung RM30 Juta

Sempena sambutan Deepavali baru-baru ini, kerajaan tanggung RM30 juta selepas memberikan tol percuma selama dua hari kepada rakyat.

Menurut laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan perkara tersebut ketika di Dewan Rakyat pada Khamis.

Tambah Abdul Rahman lagi, kerajaan perlu berdepan kos yang sangat tinggi untuk menghapuskan tol di seluruh negara malah kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol pada tahun lepas.

Kerajaan tanggung RM30 juta

Artikel lain: Kerajaan Setuju Beri 2 Hari Tol Percuma Sempena Deepavali

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada tahun 2022, saja, kita melibatkan anggaran kira-kira RM435 juta…kita menanggung kenaikan kos disebabkan penangguhan kenaikan tol.
“Untuk penstrukturan semula kadar tol perjanjian konsesi ini, rundingan adalah bergantung kepada dua pihak sama ada dari konsesi itu sendiri dengan pihak kerajaan dan akan diluluskan semestinya dari Kementerian Kewangan.
“Ini perlu kajian secara menyeluruh. Kalau keseluruhan tol dalam negara nak dihapuskan, ia melibatkan hampir RM400 bilion kalau nak hapuskan tol ini dan penggantian kepada kos tersebut.
“Semasa Deepavali, saya rakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan kerana telah memberi selama dua hari tol percuma dan melibatkan kos sebanyak RM30 juta,” katanya.

Beliau membuat pendedahan mengenai perkara tersebut ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas) yang bertanya kos ditanggung kerajaan bagi tol percuma itu dan usaha kerajaan dalam menghapuskan tol.

Sumber: Astro Awani (Ridauddin Daud)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd