Seorang iman Turki dikenali sebagai Mustafa Efe didakwa telah ditahan sewaktu di Mekah susulan menggunakan perkataan ‘Palestin’ dan ‘Gaza’.
Ditahan ketika di Mekah
Memetik laporan dari BNN Turkey, Mustafa Efe telah memberitahu tentang penahannnya menerusi satu video ringkas di media sosial dan menjelaskan bahawa telah ditahan kerana dipercayai menggunakan dua perkataan tersebut.
Dia turut berkongsi gambar keadaannya yang digari di bahagian kaki dan dimuat naik semula oleh pihak Daily Islamist di aplikasi X.
🔴 Aziz Mahmud Hüdayi Camii İmamı Mustafa Efe, Mekke’de “Filistin ve Gazze kelimelerini kullandığı” gerekçesiyle gözaltına alındığını duyurdu. pic.twitter.com/MXfOE3GAca
— Daily Islamist (@dailyislamist) November 13, 2023
Imam Turki sudah bebas & kembali lakukan umrah
Walau bagaimanapun, dia telah menyatakan tempoh tahanannya selama beberapa jam sudah tamat dan dibenarkan mengerjakan umrah semula.
Mustafa Efe juga sempat memuat naik gambar berlatarbelakangkan Kaabah dan memaklumkan masalah yang berlaku sudah selesai.
Sudah tentu penahanan imam berkenaan menarik perhatian ramai memandangkan ia berlaku di dalam kawasan Masjidil Haram.
Punca ditahan sebab terbangkan dron
Walau bagaimanapun, menerusi keterangan daripada akaun X MuneebMy, dia memberitahu bahawa menyebut perkataan ‘Palestin’ dan ‘Gaza’ bukan punca sebenar penahanan tersebut kerana difahamkan individu itu telah menerbangkan dron yang pastinya melanggar peraturan.
Hal ini dikongsi rakan kepada imam berkenaan di ruangan Insta Story dan memaklumkan hal sebenar.
Fitnah jahat.
Doa Palestine ini Masjidil Haram dah doakan, Masjid Nabawi pun doakan.
Bagaimana mungkin seorang manusia kena tahan sebab doakan Palestine?
Fakta sebenarnya ialah orang itu ditahan sebab terbangkan dron. Memang terbangkan dron di sini satu kesalahan. Kena ada…
— Muneeb (@MuneebMy_) November 15, 2023
Sumber: BNN Turkey, X MuneebMY, X Daily Islamist