Walaupun harga beras kian meningkat, namun seorang lelaki yang dikenali Zulfikli Nordin tetap mahu mengekalkan harga nasi lemak yang dijual RM1 kepada pelanggan.
Menurut laporan Harian Metro, Zulkifli mendedahkan terpaksa memberi beras import yang paling murah di pasaran disebabkan ketiadaan beras putih tempatan.
Sumber gambar: Roselan Ab Malek
“Walaupun mahal saya terpaksa membeli beras import untuk menyediakan nasi lemak yang dijual dengan hanya RM1 kerana tiada beras putih tempatan.
“Saya beli jenama beras import yang paling murah di pasaran untuk meneruskan jualan harian,” katanya.
Jelasnya, dia mahu mempertahankan harga tersebut kerana mahu memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan pada harga yang murah terutamanya pelanggan yang mempunyai ramai anak.
Difahamkan, Zulfikli berniaga nasi lemak di tepi jalan berhampiran dengan Balai Bomba Jerantut dan kini nasi lemaknya dikenali sebagai Nasi Lemak Bomba.
Gambar hiasan
Ujarnya, dia memulakan perniagaan tersebut sejak September 2021 selepas terkesan dengan penularan wabak Covid-19 yang telah mengubah kerjayanya.
“Kilang tempat saya bekerja terpaksa mengecilkan saiz pekerja akibat Covid-19 dan ini menyebabkan saya kehilangan pekerjaan dan saya agak kecewa kerana tidak dapat kerja baru untuk menanggung kehidupan.
“Saya kembali tinggal bersama ibu di Perumahan Kos Rendah Bandar Baru di Jerantut dan ketika itulah Allah kurniakan saya ilham untuk berniaga,” ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja, Zulkifli mendedahkan pada setiap hari dia akan memulakan perniagaan pada jam 7 pagi dan menyediakan kira-kira 200 bungkus nasi lemak RM1 dan 100 bungkus nasi lemak RM2 dan sedikit karipap kentang serta gulung sardin.
Gambar hiasan
“Pada mulanya, isteri saya tidak yakin kerana kos bahan mentah untuk membuat nasi lemak dan kuihnya semakin mahal.
“Tidak pernah saya sedar nasi lemak berharga RM1 itu akan mengubah hidup saya selepas tiga bulan tidak mempunyai pendapatan dan berhasrat untuk terus mempertahankan harga ini selagi boleh,” luahnya.
Sumber: Harian Metro (Roselan Ab Malek)