Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Battleground Malaysia: Road To Gold, Cungkil Bakat ‘Breakdance’ Ke Olimpik 2024

Rancangan pertandingan sukan tarian ‘street dance’ yang terbesar di Malaysia, Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) akan ditayangkan bermula 29 September ini di Astro RIA.

BTGMY merupakan inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan, dan diperkasakan oleh Rakan Muda yang diberi nafas menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ‘breakdance’ merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024 dan pihaknya komited bagi membantu para penari berbakat besar dengan memantapkan kemahiran dalam bidang tarian.

“Ia dapat mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak.
“KBS berharap agar Battleground Malaysia: Road to Gold akan menjadi platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia, memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber, dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Para peserta BTGMY telah disenarai pendek daripada ratusan belia dari seluruh negara pada uji bakat on-ground di AEON Mall Shah Alam pada bulan Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertandingan ini akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin, dan Saint TFC. Bersama dengan hos-hos ini juga ialah pelakon dan penyanyi rap tersohor negara, Zizan Razak sebagai juri.

BTGMY akan memaparkan empat kapten tarian terkemuka di Malaysia dan setiap dari mereka perlu memilih seramai 10 orang sebagai kru mereka.

Kapten-kapten tarian ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking, Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan Sea Khenonu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee, dan juara Astro Battleground 2010 & 2011 Seven.

Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penari yang dibawa dari pelbagai latar belakang akan mempertandingkan gaya ‘street dance’ mereka sendiri dan hanya yang terbaik akan kekal dalam pertandingan ini.

Sementara itu, Astro akan mengadakan pentas akhir pada 3 November dimana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri antarabangsa. Kru juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000.

Selain daripada itu, peserta-peserta dalam kru juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.

BTGMY akan disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) dan SHOWCASE (Saluran 413). Saksikan juga di Astro AEC (Saluran 306) setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Sukan

Kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde mendedahkan dirinya terpaksa berjalan kaki ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd