Pelakon popular Korea Selatan, Song Joong-ki meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata pertama bersama isterinya, Katy Louise Saunders pada bulan ini.
Menurut laporan Kimchi Daily, aktor yang berusia 38 tahun itu memaklumkan menjadi seorang ayah adalah impiannya selama ini dalam kehidupannya. Malah, dia menjadinya bapanya sendiri sebagai inspirasi dan rujukan untuk menjadi ketua keluarga yang baik.
“Menjadi bapa adalah perkara paling penting dalam hidup saya. Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang bapa. Saya menerima banyak pengaruh baik darinya dan saya mahu jadi seorang ayah seperti dia,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, dia mengakui pernah membincangkan hal kekeluargaan bersama isterinya memandangkan mereka bakal menjadi ibu bapa.
Jelasnya, dia dan isteri sudah membuat persiapan selengkapnya dan percaya boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk anak merea kelak.
“Saya bercakap dengan isteri saya setiap hari mengenai topik ini. Kami akan melakukan yang terbaik dan saya percaya kami boleh melakukannya,” katanya lagi.
Sekadar info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).
Namun, rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila pasangan selebriti itu disahkan telah bercerai pada Julai 2019 dah hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan anak.
Sumber: Kimchi Daily