Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

FFCxTMTG: 145 Aktivis Termasuk Sembilan Rakyat Malaysia Dipindah Ke Penjara Ketziot

Seramai 145 aktivis termasuk sembilan deligasi Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTG) sudah dialihkan ke penjara Ketziot, Negev, Israel.

Pindah ke penjara Ketziot

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shahrul Anwar memberitahu, biarpun pada awalnya kesemua aktivis berdepan keganasan Israel namun mereka berada dalam keadaan selamat.

Pindah ke penjara Ketziot

“Setakat ini, peguam melaporkan kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan FFC x TMTG telah ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.
“Peguam juga mengesahkan kesemua 145 aktivis FCCxTMTG telah dipindahkan ke Penjara Ketziot, Negev, Israel. Peguam juga telah berjumpa dengan bahagian delegasi dan proses guaman masih berlangsung.
“Ada yang mengalami keganasan semasa pemintasan, peguam telah meminta untuk bertemu dengan mereka awal petang ini nanti (waktu tempatan),” kata Kamarul di ibu pejabat Humanitarian Care Malaysia Berhad, hari ini.

Difahamkan, lapan aktivis Malaysia yang menaiki kapal Conscience terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Dua lagi aktivis adalah pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar manakala kapal Umm Saad pula dinaiki seorang lagi wakil Malaysia iaitu Dr Maziah Muhammad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua yang ditahan dipercayai mengikuti gelombang ketiga flotilla kemanusiaan yang berlepas secara berperingkat menuju ke Gaza dengan membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, ahli Parlimen dan aktivis kemanusiaan.

Dalam pada itu, peguam MyCARE juga sudah bertemu dengan sebahagian besar delegasi Malaysia malam semalam dan dua lagi akan ditemui sebaik sahaja penjara Ketziot dibuka, pagi ini.

“Setakat ini, laporan kami terima delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat, Alhamdulillah dan tujuh dari mereka telah bertemu dengan peguam, dua lagi tak sempat pagi ini (awal petang) Insya-Allah untuk urusan guaman selanjutnya,” jelasnya.

Beliau juga memaklumkan, peguam MyCARE menuntut kepada pihak penjara Ketziot agar membenarkan mereka menghadiri semua perbicaraan tribunal yang dijangka berlangsung, kira-kira dua hari lagi.

“Perbicaraan tribunal akan berlangsung dalam tempoh dua hari dari sekarang. Kita tahu ada tiga ahli Parlimen Turkiye dan kita tahu urusan pengusiran telah diuruskan oleh Wisma Putra, iaitu Menteri Luar kita malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun terlibat yang telah menghubungi rakan sejawat masing-masing,” terangnya.

Sehubungan itu, berkemungkinan tiga delegasi misi kemanusiaan yang terdiri daripada ahli Parlimen Turkiye akan dihantar pulang malam ini atau selewat-lewatnya, pagi Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Presiden Turkiye, Recip Tayyip Erdogan telah dihubungi Menteri Luar Turkiye juga telah dihubungi oleh Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Urusan pemulangan sedang diuruskan, cuma kita belum ada maklumat terkini berkaitan perkara tersebut sehingga peguam dalam bertemu dengan semua dan pengusiran dapat dilaksanakan Insya-Allah,” ujarnya.

Artikel lain: Kes Pelekat Hebrew: Pesara Tempah 13 Tahun Lalu, Minat Tulisan Asing

Disoal tentang tindakan agresif  hingga melibatkan kecederaan oleh tentera laut Israel ketika kesemua sembilan kapal dipintas, Kamarul Zaman memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat terperci berkenaan perkara itu setakat ini.

“Oleh kerana peguam tidak dibenarkan bawa masuk telefon ke dalam (penjara). Daripada segi kecederaan, perincian kita tak ada maklumat setakat ini. Dua delegasi kata layanan keras, berapa keras, kita tak tahu.
“Alhamdulillah mereka selamat, mungkin keganasan dari sudut rampasan barang-barang, ternampak dia ambil, baju Palestin dia cabut.
“Semua itu perkara biasa, cuma perincian dari segi kecederaan kalau ada atau tidak, wallahualam kita belum dapat maklumat terkini,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Nizam Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Nasional

Kementerian Luar Negeri mengesahkan semua rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga. “Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd