Connect with us

Inspirasi

Zina Akan Berterusan Walaupun Sudah Diijab Kabul

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat-cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini yang dipetik nukilan seorang penulis dari sebuah blog ada menerangkan, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudara-mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Tolong jangan abaikan maklumat ini. Ini merupakan satu perkara yang serius jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:
Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam’.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
15 Comments

15 Comments

  1. Avatar

    Maarof

    December 8, 2019 at 2:57 am

    Salam…boleh ke tolong ulas lebih terperinci dengan jawapan kpd soalan nom8?

  2. Avatar

    Saya

    December 8, 2019 at 6:47 am

    Tak betul ni.

  3. Avatar

    hhhh

    December 8, 2019 at 8:33 am

  4. Avatar

    Syarhan

    December 8, 2019 at 10:44 am

    Assalamualaikum, maaf bertanya, dimanakah sumber faktak ttg perkahwinan anak luar need kah ini diperolehi? Boleh bagi hadith atau sumber yang dirujuk?

  5. Avatar

    Mohd Nazmi Yaakub

    December 8, 2019 at 10:58 am

    Saya harap penulis, webmaster dan pengendali laman web ini merujuk semua pandangan dalam artikel kepada mufti dan pejabat agama. Pandangan dalam artikel ini boleh membawa kpd keburukan lebih besar kerana mengemukakan pandangan yg tidak berlandaskan kefahaman yg sebenar.

  6. Avatar

    Nurazman

    December 8, 2019 at 11:08 am

    Mohon semak kembali artikel ini kpd ulama, asatizah ataupun mufti. Banyak mengarut dalam artikel ni.

  7. Avatar

    Jess

    December 8, 2019 at 12:46 pm

    Rubbish….

    Artikel ni takde refer mana mana nas alquran, hadis nabi, atau syarahan ulama..

    Jgn suka suki nak buat hukum sendiri..ini yang akan buat masyarakat keliru?

  8. Avatar

    John

    December 9, 2019 at 8:58 pm

    Sila kaji Dan teliti hukum 4 mazhab tentang hal ini sebelum anda muat naik info ini ke media sosial…kerana sekarang ramai anak muda yang mengalami masalah seperti ini…

  9. Avatar

    Jak

    December 10, 2019 at 4:32 pm

    Siapa yg menjawab tu sdri? Mksudsaya ulama mana?

  10. Avatar

    Razak

    December 10, 2019 at 4:59 pm

    Jawaban ini tidak mewakili hukum munakahat di Malaysia.
    Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan perkara ini.

    Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya
    • tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu,
    • tidak dapat pusaka daripadanya,
    • tidak menjadi mahram kepadanya
    • dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
    Wallahua’lam.

    • Avatar

      Si Fulan

      January 18, 2020 at 12:24 pm

      Prmpuan ngandung yg xleh kawen tu sbb iddah… Msalah skang ni… Syarat iddah adalah krn brpisah dri suami yg sah yg telah jimak dye…adapon prmpuan yg hamil bkn dgn sbb nikah yg sah… Xde iddah…xtrhasil pon iddah…jdi boleh je kawen mse hamil tu…

      Yg jdi masalahnye ank tu xleh dibinkn kpd bpak dye… Sbb air mani tu dlm kitab bgtau xsaf taraf… Smpai tahap si pemilik air mani tu boleh kawen dgn ank zina dye…smpai tahap tu… Xde lngsung hbungn mhram…kne jge aurat bapak zina dgn ank prmpuan zina dye tu…

      Sekian…sumber? Fathul muin… Nk ibarat kitab? Pm tepi la…ade bnyk pndapat…tpi sy pilih yg ni sbb lbih tepat

  11. Avatar

    Jed Sulaiman

    December 11, 2019 at 9:21 am

    Assalamualaikum.

    Isu berkenaan status perkahwinan wanita yang sedang hamil adalah isu yang ada khilaf, tetapi perkahwinan tersebut adalah sah di dalam mazhab Shafie dan mazhab Hanafi.

    Boleh rujuk di sini: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1191-al-kafi-293-hukum-bernikah-dengan-wanita-hamil-akibat-zina

    Saya mohon agar penulis dan orang awam lain yang tiada kepakaran dalam bidang agama agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan hukum fiqh tanpa sebarang rujukan dalil.

    Setakat kata “nukilan seorang penulis dari sebuah blog yang tanya seorang imam” tanpa sebarang rujukan khusus, ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab sebab sesiapa pun boleh tulis perkara seperti itu.

  12. Avatar

    Didiey

    December 12, 2019 at 12:01 am

    Untuk soalan no 8 mcm mna nak selesaikan kalau semua itu dah terlanjur? Dah nikah? Jadi selama ni pernikahan tidak sah?

  13. Avatar

    Nik

    December 12, 2019 at 12:04 am

    Untuk soalan no. 8. Kita perlu buat apa sekiranya perkara tersebut dah berlaku? Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending