Connect with us

Inspirasi

YouTuber Cupcake Aisyah Bagi Wang RM10 Ribu ‘Cash’ Pada Mak

Seperti ramai yang tahu, menjana pendapatan melalui media sosial seperti YouTube, Instagram dan Facebook adalah amat lumayan dan boleh mencecah puluhan ribu. Tidak dinafikan, ramai juga Instafamous dan Youtubers Malaysia dapat mendapat pendapatan lumayan menerusi laman sosial.

Cupcake Aishah antara Youtuber dan Instafamous yang terkenal dan juga menapak dalam bidang ini dalam usia yang agak muda. Sering kali dijadikan idola oleh kalangan golongan muda, kali ini Cupcake Aishah, tampil mengejutkan netizen dengan content terbaharu.

Beri RM10,000 tunai pada mak!

Dua hari lepas, Cupcake Aisyah telah memuat naik video yang terbaharu di YouTube Channel miliknya. Kali ini, Cupcake Aisyah tampil dengan video dan content yang mengejutkan ramai netizen terutama sekali pengikutnya.

Dengan harapan, video tersebut dapat memberikan inspirasi kepada sebahagia orang diluar sana terutamanya penggemar Cupcake Aisyah sendiri.

Usia baru 19 tahun…

Lebih memeranjatkan dan dikagumi ramai, Youtubers ini baru sahaja berusia 19 tahun dan mempunyai pendapatan lumayan hasil dari usahanya sendiri.

“Banyaknya Aisyahhh..”

Ramai netizen dan juga penonton video tersebut tersentuh melihat moment dan reaksia dua beranak terutama sekali ibu kepada Cupcake Aisyah selepas menerima wang ringgit tersebut.

Setiap orang, pasti mempunyai cara dan impian mereka tersendiri untuk menghargai ibu bapa dan insan yang tersayang. Jadikan kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi dan pembakar semangat.

Sumber: YouTube Cupcake Aisyah.

Continue Reading
Advertisement

Trending