Connect with us

WTF

Yang Susah Dikompaun RM50k Seorang, Yang Kaya Hanya RM60k Sekeluarga

Jika sebelum ini telah tular cerita mengenai majlis pernikahan diantara Pencetus Ummah dengan selebriti terkemuka, Pu Riz dan Neelofa yang dikatakan tidak mengikut SOP yang ditetapkan.

Semalam berakhirlah penantian dan teka-teki yang bermain di kalangan netizen samada Neelofa dan suami akan dikenakan tindakan kompaun ataupun tidak setelah pasangan dan juga keluarga mereka didenda sebanyak RM60,000 untuk kesalahan-kesalahan seperti melanggar SOP PKPB dan juga merentas negeri.

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ti

Manakala, seramai 20 ahli keluarga Neelofa telah dikenakan kompaun RM1,500 seorang atas kesalahan gagal mewujudkan perajakan sosial ketika berlangsungnya majlis akad nikah itu.

Meskipun Neelofa dan keluarga telah dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 akan tetapi orang ramai masih tidak berpuas hati dengan jumlah yang dikenakan kerana bagi mereka ianya seolah-olah tidak adil dan ada unsur “double standard” di situ.

Sedangkan semua sedia maklum yang Neelofa dan seluruh keluarganya ada golongan orang yang kaya raya, seharusnya mereka dikompaun lebih dari jumlah yang disebutkan diatas kesalahan yang dilakukan sedangkan jikalau rakyat biasa yang tiada status apa-apa membuat kesalahan yang sama pasti pihak berkuasa akan mengenakan tindakan dengan segera.

Selain itu, ramai yang mempersoalkan kenapa ada yang terus menerima surat kompaun sedangkan kes selebriti ini harus dibuka kertas siasatan dan proses penyiasatannya agak lama. 

Lagi menimbulkan kemarahan orang ramai setelah mereka membuat perbandingan kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada seorang peniaga burger yang hanya berniaga di hadapan tangga rumahnya atas alasan berniaga lebih dari waktu yang ditetapkan.

Jumlah sebanyak itu dikenakan untuk golongan yang sumber pencariannya hanya sekadar meniaga. Untung yang diraih juga cukup-cukup untuk menampung keperluan harian sahaja.

Double standard secara terang-terangan

Perkara ini telah menjadi topik perbualan dan perbincangan netizen-netizen di Facebook dan Twitter. Rata-rata dari mereka semuanya menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing dan mula sangsi dengan tindakan pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan adakah meniaga kecil-kecilan boleh meraih sehingga berpuluh ribu sehingga pihak berkuasa sanggup mengenakan kompaun sebanyak itu terhadap golongan peniaga tersebut.

Kalau yang miskin kena sampai RM10k sekepala, tapi ni RM1500 je kena

Punya lama siasatan, RM60k je kena? Kurang2 RM600k patutnya

Kena meniaga dalam kawasan rumah pun kena sampai RM50k, apa l**c**

Kalau bandingkan Neelofa dengan brader burger tu, teruk lagi brader tu kena sampai RM50k

Dimana logiknya saman sekeluarga RM60k tapi seorang punya saman RM50k?

Sanggup google gambar burger untuk men*anj*ng

Acik dia lah, lopa takpe lah banyak duit

Neelofa bantu abang burger bayar saman

Semalam, Neelofa sekali lagi menarik perhatian netizen-netizen setelah screenshot IG Story-nya yang memaparkan gambar sebiji burger tular semalam di laman-laman media sosial semalam.

Setelah teruk dikecam netizen yang mendakwa Neelofa sengaja ingin memerli penjual burger itu setelah jumlah kompaun yang dikenakan terhadap peniaga itu dipersoalkan orang ramai.

Namun, setelah teruk dikecam, Neelofa kemuadiannya telah memadam gambar tersebut dan memuatnaik sekeping lagi gambar lain yang memberitahu perkara sebenar. Menurutnya, pihak peguamnya telah menghubungi peniaga tersebut untuk membantu menyelesaikan jumlah kompaun yang tinggi itu.

Pada 27 Mac lalu, Neelofa dan Pu Riz telah diijabkabulkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sehari selepas itu mereka berdua telah terbang ke Langkawi diatas alasan untuk menghadiri pembukaan beberapa cawangan fracais minuman di negeri tersebut.

Difahamkan yang mereka berdua telah mendapat permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai Polis Sri Hartamas menyatakan yang mereka dibenarkan untuk berada di lokasi berkenaan dari 27 Mac sehingga 4 April.

Sumber: IG Neelofa, Facebook & Twitter

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending