Connect with us

Infozon

‘Wira Tak Didendang’, Geng Farmasi Tetap Cekal Berkhidmat Untuk Masyarakat

Petugas dan staf-staf kesihatan merupakan nadi serta barisan hadapan negara ketika ini untuk memastikan kesihatan rakyat terjaga sepanjang penularan wabak COVID-19 ini. Pelbagai penghargaan dan sumbangan yang dihulurkan buat frontliner ini demi memastikan mereka tetap bersemangat untuk melakukan tugasan.

Walaupun tidak berpanas, berpeluh dan berhadapan risiko yang tinggi seperti petugas kesihatan yang lain, ahli farmasi kesihatan tetap tekun melaksanakan tugasan mereka dan bertungkus-lumus memastikan bekalan ubat mencukupi buat rakyat Malaysia.

“Hargailah frontliner yang tak didendang…”

Salah seorang pembantu farmasi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Khirul Anuar Kassim menulis nukilan buat rakyat Malaysia sebagai ahli farmasi yang berkhidmat.

“Mungkin kami tidak terlihat dikalangan frontliner lain…”

Walaupun bidang tugasan mereka tidak sama sepeti petugas kesihatan yang lain, mereka tetap tekun laksana tanggungjawab dan menjaga kesihatan rakyat Malaysia.

Sila bersabar jika kami lewat melayan anda…

 

 

Sila bersabar jika ubat yang kami pos lewat sampai

 

Bekerja penuh dikelilingi dengan ubat-ubatan

 

Terima kasih geng farmasi!

Mungkin ramai yang terlepas pandang pada mereka, namun khidmat mereka ketika ini antara yang diperlukan oleh rakyat. Terima kasih geng farmasi!

Sumber: Facebook.

Henlo!

Continue Reading
Advertisement

Trending