Connect with us

Inspirasi

Wira Tak Didendang, 5 Staf KKM ‘Barisan Depan’ Bagi Pengesanan Covid-19

Gelombang kedua wabak koronavirus baharu (Covid-19) di Malaysia, terus menyaksikan peningkatan kes apabila 10 lagi individu dikesan positif, hari ini. Kes baharu ini telah menjadikan keseluruhan kes jangkitan di negara ini sebanyak 93 kes yang dicatatkan.

Namun, pernahkan anda terfikir siapakah insan-insan disebalik ujian makmal yang dilaksanakan bagi mengesan coronavirus ini yang berada di dalam tubuh individu-individu yang dijangkiti?

“KKM Unsung Hero”

Menurut satu perkongsian di Facebook PQ Community, kerja-kerja ujian ini dilaksanakan di Makmal Molekular Jabatan Patologi yang terletak di Hospital Sungai Buloh. Mereka ini merupakan individu-individu yang menjalankan proses ataupun ujian sample bagi pengesahan virus Covid-19 yang dilakukan tanpa henti.

Hanya berbekalkan 5 kekuatan kakitangan

Berpakaian seperti ini selama 4  jam!

Terima kasih kerana mempertaruhkan nyawa

Terima jutaan ucapan terima kasih!

Disebabkan perkongsian ini, rata-rata rakyat Malaysia yang membaca meninggalkan ucapan terima kasih diruangan komen. Ramai yang turut berdoa agar mereka-mereka yang bertugas dibahagian ini, akan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

Semoga Allah lindungi kalian semua!

Terima kasih berbakti pada orang ramai

Tugasan yang dipikul oleh para pegamal kesihatan di Malaysia ini sememangnya adalah satu tanggungjawab yang besar dan berat. Terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa dan nyawa demi kesejahteraan negara.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending