Connect with us

WOW

Watak Superhero Terkenal Jepun, Ultraman Sertai Marvel Tahun Depan

Jika sebelum ini sebuah filem komik iaitu Spiderman berada di bawah produksi Sony Pictures namun untuk beberapa tahun lalu, watak tersebut berada di dalam Marvel Entertainment dengan kerjasama kedua-dua syarikat.

Kali ini, dikhabarkan Marvel Entertainment sekali lagi ingin membuat kelainan dengan membawa watak terbaru iaitu Ultraman pada tahun hadapan.

Marvel & Tsuburaya bekerjasama

Umum sedia maklum, Ultraman merupakan superhero Jepun terkenal dari Timur dimana ianya melawan gergasi dan mahkluk jahat yang mengancam bumi.

Jadi, watak kegemaran kanak-kanak ini bakal ditampilkan dalam fasa seterusnya bagi komik Marvel. Namun perlu diingatkan bahawa watak berkenaan hanya merangkumi dalam bahan media cetak sahaja seperti komik dan novel grafik buat masa ini.

Komik baru dikeluarkan pada tahun hadapan!

Pengumuman tersebut telah dilakukan pada 23 November yang lalu menerusi laman Twitter milik Marvel Entertainment.

Ternyata, kemunculan superhero terbabit pasti menggamit memori terutamanya kepada mereka yang sedia maklum menjadi peminat setia kepada watak ini.

Buku komik Ultraman Marvel yang baru akan dijangkakan keluar pada tahun hadapan. Pasti ramai yang teruja dengan kemunculan terbaru ini.

Sumber : Marvel Entertainment

Continue Reading
Advertisement

Trending