Connect with us

WOW

Waspada Covid-19, Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Jamek Disaring Terlebih Dahulu

Susulan peningkatan kes wabak coronavirus di Malaysia semakin meningkat, orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan berskala besar. Ekoran kes sebelum ini, iaitu seorang warga Brunei disahkan positif Covid-19 sejurus balik dari perhimpunan tabligh yang melibatkan 5000 peserta dari pelbagai negara.

Disebabkan itu, terdapat negeri seperti Perlis mengarahkan untuk membatalkan solat jumaat pada hari ini. Keputusan ini telah dibuat setelah mendapat pandangan dan juga nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis.

Namun, solat jumaat ini masih lagi berjalan seperti biasa dinegeri lain dan antaranya yang menjadi tumpuan adalah di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Mendapat perhatian meluas di media sosial, beberapa keping gambar tersebar yang memaparkan petugas-petugas di Masjid Jamek ini, membuat saringan kepada jemaah sebelum masuk ke masjid menunaikan solat jumaat.

Sudah tentunya, perkara ini merupakan antara salah satu inisiatif yang bagus untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku, ketika orang ramai berada dalam satu himpunan yang besar seperti solat jumaat.

Malah, perkara ini juga diberikan pujian oleh pngguna Facebook dan beranggapan bahawa cara ini sewajarnya dilakukan demi keselamatan sejagat.

Semoga usaha seperti ini juga dapat dilakukan diinstitusi-institusi yang lain dan orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah kesihatan diri dengan lebih teliti.

Sumber: Facebook.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending