Buzz
Wanita Uganda Ditinggal Suami Selepas Lahirkan Anak Kembar Kelima

Selepas melahirkan pasangan kembar yang kelima, seorang wanita dari Uganda yang dikenali sebagai Nalongo Gloria telah ditinggalkan oleh suaminya dengan asbab kelahiran tersebut tidak normal bagi seorang manusia.
Menurut Gloria, sebaik sahaja dia telah disahkan hamil anak kesembilan dan kesepuluh pada hari ketiga namun, suaminya iaitu Ssalongo memaklumkan dia tidak mampu untuk membesarkan anak-anak itu susulan ia terlalu ramai untuk ditanggungnya.
Malah, Ssalongo yang tidak sanggup membela anak-anaknya itu turut menyuruh Gloria untuk pulang ke halaman desa bagi membesarkan pasangan kembar kelima tersebut selepas sahaja mereka dilahirkan.
Susulan daripada itu, Gloria tidak mempunyai hala tuju setelah ditinggalkan suaminya kerana pada awalnya dia datang ke kawasan Kampala itu untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Jelasnya lagi, dia bersama sebahagian anak-anak yang lain menginap di sebuah rumah kecil dan perlu berpindah segera daripada rumah tersebut disebabkan tuan rumah tidak suka dengannya.
“Kini, saya perlu memikirkan ke mana mahu pergi apabila tuan rumah memaklumkan dia tidak suka saya dan anak-anak tinggal di sini,” katanya.
Bagaimanapun, Gloria tidak pernah mengeluh malah bersyukur dengan kehadiran sepuluh orang anaknya itu dalam kehidupannya.
Difahamkan, anak-anak yang sudah besar tidak lagi tinggal bersamanya bahkan telah memilih untuk membawa diri ke haluan masing-masing untuk meneruskan kehidupan yang baru.
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments